Segelintir Pemandu Malaysia Gemar Guna Laluan Kecemasan - Terowong Informasi

Breaking News

Segelintir Pemandu Malaysia Gemar Guna Laluan Kecemasan

Segelintir Pemandu Malaysia Gemar Guna Laluan Kecemasan

Kesesakan lalu lintas di musim perayaan adalah perkara lumrah yang kita alami apabila ingin pulang ke kampung halaman. Semua orang pasti ingin cepat sampai ke destinasi yang ingin dituju tetapi apabila jumlah kuantiti kenderaan di atas jalan raya bertambah, laluan seluas 5 "lane" juga tidak mampu menampung kebanjiran kereta yana ada.

Laluan Kecemasan Jalan Raya

Bila dalam kesesakkan jalan raya, pasti anda akan nampak kelibat kereta yang melalui laluan kecemasan yang kononnya mahu cepat sampai. Kebanyakan kenderaan ini bukan kenderaan "low profile" tetapi semuanya kereta mewah belaka. Adakah pemandu kereta ini tiada otak atau otak mereka tertinggal di rumah ketika memandu tanpa memikirkan risiko jika melalui laluan ini?

Satu video viral yang dirakam oleh pembonceng motosikal yang menendang cermin kenderaan yang lalu di laluan kecemasan telah mendapat respon dari Netizen. Respon mereka semua bersetuju tindakan pembonceng motosikal tersebut kerana menghalang laluan mereka. Laluan kecemasan ini hanya untuk kenderaan yang alami kerosakan dan juga laluan untuk ambulan dan pihak berkuasa jika terdapat sebarang kecemasan. Bukan laluan tambahan untuk dilalui oleh semua pengguna jalan raya. Etika pemanduan di Malaysia sangat lemah dan dianggap benda remeh.

Segelintir Pemandu Malaysia Gemar Guna Laluan Kecemasan

Jadi, kesimpulan dari Bro, jika anda yang gemar menggunakan laluan kecemasan untuk cepat sampai, fikirlah, orang lain juga semua mahu cepat. Jangan pentingkan diri sendiri kerana jalan raya adalah laluan untuk semua pengguna.

 

No comments