Ustaz Syamsul Debat Semakin Diminati Masyarakat - Terowong Informasi

Breaking News

Ustaz Syamsul Debat Semakin Diminati Masyarakat

Ustaz Syamsul Debat

Nama Ustaz Syamsul Debat, sudah cukup dikenali di seluruh negara. Beliau merupakan penceramah bebas yang cukup popular pada tahun ini kerana ceramah agama beliau yang begitu sempoi, dipenuhi lawak jenaka tetapi intipati yang cukup padat apa yang beliau sampaikan.

Ceramah beliau ini boleh ditonton di kaca televisyen melalui saluran TV Al-Hijrah, pada setiap hari Khamis jam 9.30pm. Bro pernah juga mendengar dan melihat ceramah beliau ini dan ternyata, ia sangat menghiburkan apabila kita mengikuti ceramah beliau ini. Adakah anda pernah mendengar ceramah Ustaz Syamsul Debat ini atau masih belum berkesempatan? Di bawah ini terdapat salah satu video yang anda boleh tontoni. Diharap ia memberi manfaat dan ilmu yang baik kepada kita semua.

 

2 comments

Anonymous said...

akhirnya status penceramah BEBAS tidak lagi sah digunapakai setelah Sheikh Shamsul muncul sbg ahli UMNO di pentas PAU 2016.
selamat berjaya Sheikh! tidak lagi bermenafaat untuk bersama enta...

Anonymous said...

Sempit sungguh...