Pengorbanan Seorang Ayah Yang Tidak Diketahui - Terowong Informasi

Breaking News

Pengorbanan Seorang Ayah Yang Tidak Diketahui

Kasih Seorang bernama Ayah

Kasih  dan pengorbanan seorang ayah, pasti ramai yang tidak perasan dan tidak tahu. Ayah merupakan ketua dan tunjang utama dalam keluarga sama ada keluarga besar atau kecil. Susah payah mereka menjaga keluarga sehingga hujung nyawa mereka perlu kita kagumi. Ada yang memanggil mereka ayah, abah, babah, dan sebagainya mengikut salasiah keluarga masing-masing.

Nak jadi seorang ayah bukan senang sebenarnya. Dulu masa bro di usia kecil suka meminta apa-apa tidak kira permainan, makanan dan sebagainya tetapi beliau tidak pernah merungut kepada anaknya dan menuruti sahaja hajatku. Masalah kewangan, mereka ini pasti ketepikan dan tidak tunjukkan kepada anak mereka. Janji mereka mahukan anak mereka mengidamkan sesuatu itu dapat walaupun gaji mereka tidak besar ketika itu. Bila Bro ada keluarga sendiri dan anak sendiri, baru Bro sedar, beginilah tanggungjawab seorang ayah untuk menjaga keluarga dari segi makan, minum, pakaian dan sebagainya.

Kawan Baik

Bila ayah kita marah kepada kita, mungkin mereka penat mencari rezeki dan mempunyai tekanan di tempat kerja. Janganlah mudah terasa hati kepada mereka ini. Setiap orang pasti pernah kena marah dengan ayah masing-masing dengan pelbagai cara. Selalu kena marah pasti bab pelajaran, keputusan kurang baik atau melakukan sesuatu kesalahan yang tidak digemari mereka. Mereka marah kita sebab nak kita jadi manusia berguna di masa depan. Tidak usahlah kita menyimpan dendam kesumat di hati tersebut. Baik buruk mereka, mereka tetap ayah kita.

Bro lihat beberapa berita yang menunjukkan si ayah merayu kepada anak mereka untuk bersua muka sebelum mereka menutup mata selamanya. Sedih melihat rayuan seperti itu seolah-olah mereka diabaikan. Kalau menceritakan pengalaman hidup, Bro kehilangan ayah ketika bro berusia 16 tahun sewaktu bro menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Bro balik sekolah dengan rumah yang tiba-tiba sunyi sepi yang sebelum ini ceria, bro nampak sekujur tubuh yang tidak bernyawa diruang dapur. Hati mana tidak sedih melihat seorang bernama ayah pergi tanpa anak-anaknya disisi. Hendak menangis ketika itu pun tidak mampu lagi. Air milo pagi itulah merupakan sarapan terakhir beliau sediakan kepadaku.

Jasa Ayah

Cerita ini adalah atas pengalaman bro sendiri. Tiada rekaan dan dibuat-buat cerita. Apa yang Bro boleh pesan, jagalah ayah kita yang masih hidup lagi walau macam mana sekalipun. Sebelum mereka pergi buat selamanya, balaslah jasa mereka yang tidak terhingga itu. Bila mereka pergi, tidaklah kita terkilan tidak dapat membalas jasa mereka itu.

Ikuti sambungan mengenai pengorbanan seorang ibu nanti...


No comments