Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR - Terowong Informasi

Breaking News

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Bro berkesempatan singgah makan di Nasi Kandar Kudu Bin Abdul yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Restoran ini boleh dikatakan amat popular dikalangan warga kota kerana ia telah dibuka lama di sini sekitar tahun 1969. Bagi kaki makan, pasti sudah menjejakkan kaki di sini.

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Jika anda mahu makan di sini, perkara yang anda perlu tempohi adalah beratur panjang. Ia bergantung pada waktu yang anda mahu makan. Beratur bukan main panjang ye. Mungkin mengambil masa dalam 10 minit untuk anda berjaya memesan nasi kandar tersebut.

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Ada pelbagai menu yang anda boleh pilih antaranya Ayam Goreng, Ayam Madu, telur ikan, hati ayam, udang kari, ketam dan pelbagai lagi. Air popular disini wajib cuba adalah Soda Bandung. Air ini adalah Killer Restoren ini bro boleh tafsirkan. Jika anda perhati di meja-meja, ramai yang akan order air ini.

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Komen bro mengenai makanan di sini boleh dikatakan agak sedap. Menu yang bro makan hari ini cuma nasi putih, ayam goreng (besar beb), lada hijau(nak bagi pedas), telur masin, papedom dan yang pasti kuah campor. Nasi kandar kalau kuah tidak campur, bukan nasi kandar namanya.

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Mengenai harga di sini, ada yang kata murah dan ada yang kata mahal tetapi bro makan disini boleh dianggap murah di tengah ibukota ini. Ia bergantung juga apa yang anda ambil sebenarnya. Cuma makan di sini agak sukar sedikit di waktu puncak, meja makan tidak mencukupi. Parking kereta anda tidak perlu risau. Mudah didapati. Jadi, kepada yang belum tahu kewujudaan, bolehlah mencuba makanan Nasi Kandar Kudu yang lagend ini.

Alamat Lokasi :

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul, Jalan TAR

Restoran Kudu Bin Abdul
335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Tel : +60 16-287 2123
Waktu Operasi : 7:30am - 8:00pm

Keputusan Hasil Review :

Rating Makanan : 7/10
Harga : 9/10

No comments