Friday, 19 May 2017

Cara Orang Cacat Penglihatan Membezakan Nilai Wang Kertas


Wang kertas sudah lama digunapakai sejak sekian lama. Pelbagai kualiti kertas, warna dan ciri keselamatan telah dicetak malah telah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Di Malaysia, nilai wang kertas dikeluarkan adalah bernilai RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM20.00, RM50.00 dan RM100.00.

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah Cara Orang Cacat Penglihatan (OKU) membezakan nilai mata wang yang mereka mahu gunakan untuk kegunaan harian mereka? Cuba anda lihat duit kertas anda sekarang dengan apa-apa nilai sekalipun, anda akan nampak satu corak atau "line" di setiap wang kertas tersebut.


Corak atau line ini adalah panduan bagi Orang Cacat Penglihatan (OKU) membezakan nilai wang tersebut. Maksud-maksudnya adalah :

RM1.00 - 1 Garisan Mendatar

RM5.00 - 1 Garisan Menegak

RM10.00 - 2 Garisan Mendatar

RM20.00 - 2 Garisan Menegak

RM50.00 - 2 Bentuk Diamond

RM100.00 - 3 Garisan Menegak


Sebab itu, mereka jarang membuat silap ketika memberi wang untuk membayar. Jika tiada sistem atau panduan seperti ini, ia pasti akan menyukarkan golongan cacat penglihatan. Diharap, dengan informasi ini, ia dapat memberi manfaat kepada semua.
'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();