Aplikasi BIGO LIVE, Kegiatan Maksiat Di Hujung Jari - Terowong Informasi

Breaking News

Aplikasi BIGO LIVE, Kegiatan Maksiat Di Hujung Jari

Aplikasi BIGO LIVE, Kegiatan Maksiat Di Hujung Jari

Kemajuan teknologi zaman sekarang ini semakin pantas tanpa kita sedari. Dahulu, kerancakan dalam media sosial boleh dibendung tetapi kini ia amat parah terutamanya golongan remaja. Aplikasi WeChat, Whatapps, Twitter, Instagram dan banyak lagi merupakan medium untuk mencari rakan baru malah ada juga menyalahgunakan media sosial ini.

Aplikasi BIGO LIVE, Kegiatan Maksiat Di Hujung Jari

Bro ada mencuba satu aplikasi media sosial BIGO LIVE untuk melihat apakah menariknya aplikasi ini. Hasil tinjauan bro beberapa hari, golongan yang menggunakan aplikasi ini adalah 80% golongan remaja dan selebihnya adalah golongan dewasa. BIGO LIVE adalah aplikasi untuk mencari rakan baru tetapi melalui siaran live streaming.

Aplikasi BIGO LIVE, Kegiatan Maksiat Di Hujung Jari

Bila anda lihat perbualan mereka ini, kebanyakkannya adalah berunsur lucah dan ada remaja menawarkan kegiatan maksiat. Walaupun BIGO LIVE ada membuat sekatan kepada yang menyalahgunakan aplikasi ini seperti membuat aksi lucah, ia masih ditahap membimbangkan. Apa yang dilihat, golongan remaja zaman sekarang tidak berasa malu kerana berpakaian menjolok mata dan menggoda di aplikasi tersebut kerana mahukan "Star Rating" di dalam aplikasi tersebut. Gambar yang Bro berikan ini adalah sebahagian dan tidak melampui batas. Ada yang lagi teruk. Lelaki hidung belang pasti menjadi sarang diaplikasi ini.

Jadi, ibu bapa di luar sana, sila pantau anak anda apa yang dilakukan di media sosial. Jangan maruah anak anda dicemari di laman sosial. Ini adalah hasil pantauan bro sendiri dan memang ternyata, aplikasi ini patut disekat di Malaysia..

No comments