Isu Dobi Layan Diri Kenapa Ia Diperbesarkan - Terowong Informasi

Breaking News

Isu Dobi Layan Diri Kenapa Ia Diperbesarkan

Informasi

Baru-baru ini, kecoh mengenai isu Dobi layan diri yang diperbesarkan oleh sesetengah pihak terutamanya bangsa melayu. Ia berpunca dari satu kedai dobi layan diri di Muar, Johor yang meletakkan signboard, "Mesra Muslim". Ia mendapat perhatian netizen dan Sultan Johor.

Ada yang setuju dengan pendekatan isu dobi itu dan ada juga tidak bersetuju kerana ia melibatkan sensiviti agama. Pada pandangan admin, agama Islam ini mudah dan tidak menyusahkan. Mengapa kita menunjukkan kepada agama lain yang Islam ini terlalu rumit dan menyusahkan? Pencampuran baju cucian dengan agama lain menjadi debat utama kerana dikhuatiri mempunyai najis berat. Admin bukan tidak setuju dengan mewujudkan dobi seperti ini tetapi tidak kena dengan tempat sebenarnya.

Informasi

Kenapa isu cucian baju menjadi isu berat dalam kes ini? Bagaimana duit kertas yang kita guna selama ini? Adakah duit kertas ini hanya digunakan oleh masyarakat beragama islam sahaja? Pasti tidak bukan kerana ia digunakan oleh pelbagai masyarakat, bangsa dan agama untuk membeli barangan yang diperlukan masing-masing. Ada juga yang masyarakat bukan islam beli daging babi, arak dengan menggunakan wang kertas yang kita dapat selama ini. Wang kertas pasti beralih tangan dimana-mana tempat. Adakah kita tahu duit itu suci?

Informasi

Jika anda ada rakan bukan islam, anda pasti bersalam dengan mereka bila sudah lama tidak jumpa atau tidak sengaja berjumpa dengan mereka. Adakah salam anda tersebut mempunyai najis berat atau tidak? Mungkin mereka ada bela anjing dirumah tanpa pengetahuan anda. Pasti anda tidak terfikir tetapi bila bab dobi, melenting kata itu ini yang kita tidak tahu hukumnya. Sultan Johor mempunyai penasihat agama di dalam istana. Pasti baginda merujuk terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan atau titah.

Jangan disebabkan isu remeh ini menunjukkan ramai masyarakat islam di Malaysia masih lemah dalam bab pengetahuan hukum-hukum islam dalam bab najis ini. Islam itu mudah dan indah. Jika anda was-was, jangan guna. Fikir logik sahaja dan ingat balik apa yang anda belajar di sekolah agama sewaktu kecil dahulu. Jika tidak ingat, cari ilmuan agama yang boleh dijadikan rujukan tepat dan bukan merujuk pada laman sosial yang tidak tahu, dari mana sumber mereka dapat. Jika salah tafsiran, ia boleh mengundang fitnah.




Nota Carian :


  • Isu Dobi Layan Diri
  • Isu Kesucian Dobi
  • Dobi Layan Diri
  • Sensitivi Agama

No comments