TMJ Letak Jawatan Presiden FAM - Terowong Informasi

Breaking News

TMJ Letak Jawatan Presiden FAM

TMJ Letak Jawatan

Sebentar tadi, Presiden FAM iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden FAM serta merta. Keputusan yang telah dijangka sejak bulan lepas setelah TMJ memberi 'hint' untuk melepaskan jawatan tertinggi tersebut. Berikut adalah kenyataan rasmi di Page Football Association Of Malaysia (Official) :

SEJARAH TERCIPTA, SUDAH TIBA MASANYA

Sepanjang saya menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bolasepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama LaLiga.

Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia untuk meningkatkan kestabilan kewangan. Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila kali pertama setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dimana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada Kerajaan.

Dalam pada itu, skuad B23, B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.
Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh 3 anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya.

Bergembiralah kepada pengkritik TMJ sebelum ini dan pasti, pengkritik akan terus mengecam tindakkan TMJ yang kononnya tidak profesional dan akan ada juga memberi sindiran kepadanya. Ia sebenarnya kerugian besar dalam bola sepak Malaysia.

No comments