Kentut Dapat Nama Baru - Terowong Informasi

Breaking News

Kentut Dapat Nama Baru

"Kentut" Dapat Nama Baru

31 tahun menderita diejek kerana mempunyai nama yang "unik", Kentut akhirnya bersyukur kerana pihak mahkamah membenarkan beliau menukar nama kepada Ihsan Hadi. Lelaki yang dikenali Kentut sebelum ini melakukan sujud syukur sebaik hakim pengadilan negeri Tangerang, Indonesia meluluskan namanya ditukar.

Saya berasa lega, bertambah semangat dan percaya pada diri sendiri selepas mendapat nama baru, Katanya. 

Apa yang difahamkan, ihsan nekad menukar namanya kerana enggan anaknya kerap diejek bapanya bernama 'Kentut". Nama "Kentut" merupakan pemberian dari kedua orang tuanya, namun tidak tahu, mengapa nama tersebut diberikan. Adakah semasa beliau bayi, dia kerap kentut?

"Kentut" Dapat Nama Baru

Nama Ihsan Hadi dipilih dari guru mengajinya ketika beliau ketika itu berusia 6 tahun yang bermaksud petunjuk yang bagus. Walaupun ia nama, ia memberi kesan kepada manusia sebenarnya ye. Tapi, yang peliknya, Nasi Lemak Wak Kentut popular pula di Johor. Erm..

2 comments

Ayu said...

Macam2.. Apa yang penting, saling menghormati.. Tahniah utk ihsan hadi

Bro Nasa said...

Ya, betul tu..