Restoran Hua Mui, Johor Bahru - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran Hua Mui, Johor Bahru

Restoran Hua Mui, Johor Bahru

Restoran Hua Mui yang terletak di no 131, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru merupakan restoran paling legend di Johor Bahru. Restoran ini telah dibuka sejak era zaman jepun lagi iaitu sekitar tahun 1946 sehingga kini. Setiap warga Johor Bahru pasti akan kewujudan restoran ini dan menu terbaik mereka adalah roti bakar.

Restoran Hua Mui

Jangan risau jika anda datang ke restoran ini kerana makanan di sini adalah halal walaupun ia nampak seperti restoran cina. Pelbagai bangsa yang datang makan di sini, antaranya bangsa melayu, india, cina dan pelbagai lagi sejak berzaman untuk menikmati segelas kopi dan roti bakar sambil berborak dengan rakan taulan. Sultan Johor juga pernah datang ke sini untuk menikmati hidangan mere Bro pernah beberapa kali ke restoran ini bersama arwah ayah bro dan banyak kenangan ada di restoran ini.

Restoran Hua Mui

Selain roti bakar mereka, terdapat juga makanan barat mereka sediakan tetapi dengan cara Chinese style. Harga yang ditawarkan agak berpatutan dan anda wajib mencubanya. Konsep restoran ini masih sama sehingga sekarang walaupun sudah masuk ke era moden. 

Restoran Hua Mui

Ada satu lagi keistimewaan restoran ini anda perlu lihat dan tiada di mana-mana tempat di mana setiap penyediaan akan dibuat di tingkat atas dan sistem pulley akan digunakan untuk menurunkan makanan yang dipesan. Unik bukan restoran ini? Jadi, kepada anda yang ingin melancong ke Johor Bahru, bolehlah singgah ke restoran ini. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Skudai dan Mount Austin tetapi di cawangan ini, tiada sistem pulley digunakan. Untuk lihat keunikkan, boleh datang ke cawangan di Johor Bahru. Berikut adalah sedutan sedikit dari Hauhar Selatan mengenai Restoran Hua Mui :

2 comments

Cahaya Hikari said...

betul ke halal. jangan main2 halal haram.

Zailo MJ said...

Sy cek dlm direktori halal.gov.my, xde certified halal. Ramai org melayu dine-in hatta sultan sekalipun (walaupun sultan itu "ketua agama" tapi sila celik2kan mata sedikit melihat & fikir2kan lbh lagi) tak boleh dijadikan sbgi "indicator" suatu kedai makan itu halal. Pelik juga sy kedai makan @ kopitiam hua mui ni dh berdekad bertapak di situ tapi kenapa xde sijil halal? Xkan selama berdekad tu apply xlepas2 langsung? Sila fikir2kan.