Unifi Mobile Review - Terowong Informasi

Breaking News

Unifi Mobile Review

Unifi Mobile

Anda sudah menggunakan Unifi Mobile? Hari ini, Bro mahu review sedikit pengalaman menggunakan Unifi Mobile selama 2 bulan penggunaanya. Semasa Bro daftar Unifi Mobile ini, ia tiada promosi dan perlu mengeluarkan sedikit modal iaitu dalam RM10 untuk 2 sim card (Maximum 5 sim card boleh apply). Cara pendaftaran hanyalah melalui aplikasi mobile@unifi.

Sepanjang penggunaan selama 2 bulan ini dan telah menikmati 20GB free LTE, ia boleh dikatakan "bolehlah". Nak kata bagus sangat tidaklah tetapi "bolehlah". Setiap penyedia perkhidmatan komunikasi, pasti ada bagus dan tidak bagusnya. Bro akan rungkaikan apa yang bagusnya dan apa yang kurang bagusnya :

Kelebihan 

Pelan Data 


Unifi Mobile

Unifi Mobile telah memberi pelan data internet yang terperinci dan tiada caj tersembunyi. Ia agak murah kerana ia menyediakan 2 jenis capaian internet iaiu 3G dan 4G LTE. Untuk permulaan, mereka bagi 20GB free untuk sambungan LTE. Masa adalah semasa promosi sahaja ye. Jika handphone anda tidak boleh support 4G, ia rugilah sedikit. Ok, berikut adalah pelan internet yang ditawarkan oleh Unifi Mobile :


  • 1GB Basic ( 1 GB Basic Data ) untuk RM 10.00
  • 2GB High Speed ( 1GB 3G / LTE dan 1GB LTE sahaja ) untuk RM 15.00
  • 4GB High Speed ( 2GB 3G / LTE dan 2GB LTE sahaja ) untuk RM 30.00
  • 8GB High Speed ( 4GB 3G / LTE dan 4GB LTE sahaja ) untuk RM 50.00


Untuk panggilan dan SMS pula, ia adalah seperti di bawah ini :


  • 60 Minit Panggilan dan 60 SMS untuk RM 10.00
  • 200 Minit Panggilan dan 200 SMS untuk RM 30.00

Tiada Tamat Tempoh

Unifi Mobile

Ya, memang tiada tamat tempoh dalam penggunaan Unifi Mobile. Jika anda ada kredit RM10.00, anda boleh guna sampai 1 tahun walaupun anda tidak call tetapi anda perlu aktif penggunaannya. Gunalah data internet untuk anda sentiasa aktif.

Kekurangan 

Rangkaian

Unifi Mobile

Rangkaian Unifi Mobile ini tidaklah luas lagi di semua tempat. Sebagai contohnya di rumah Bro, rangkaian Unifi Mobile yang dapat boleh dikatakan sangat baik (full bar) tetapi bila 100 meter dari rumah Bro, rangkaian Unifi Mobile tiada langsung walaupun hanya 100 meter dari rumah. Pernah ke kawasan di beberapa kawasan di Selangor, ada tempat tiada rangkaian diterima. Pihak Unifi perlu segerakan untuk luaskan rangkaian ini. Pihak Unifi ada memaklumkan, terdapat rangkaian 'backup' iaitu dari Celcom tetapi Bro tidak dapat pula.

Tambah Nilai

Unifi Mobile

Hanya menggunakan aplikasi mobile@unifi sahaja yang membolehkan anda tambah nilai. Jika anda ingin buat tambah nilai dan tiba-tiba kawasan anda tidak ada, ia satu masalah yang amat besar. Toupu tiada jual di kedai 7 Eleven atau kedai menjual alat komunikasi biasa ye.

Kesimpulan

Sepanjang 2 bulan penggunaan Unifi Mobile ini, Bro masih belum berpuashati dengan tahap rangkaiannya kerana rangkaian internet masih tidak meluas. Bro cuma bandingkan Maxis Hotlink dengan Unifi Mobile (Hp boleh masuk 2 sim sekaligus), tetapi Maxis Hotlink masih mengekalkan rangkaian terbaik walau di mana sahaja. Mungkin pencawang Maxis ada di mana-mana berbanding dengan Unifi. Jadi, inilah review apa yang bro katakan. Anda boleh cuba dan nilaikan lah sendiri. Selamat mencuba.


No comments