Ikan Patin Gulai Tempoyak MABIQ Restaurant, Kuantan - Terowong Informasi

Breaking News

Ikan Patin Gulai Tempoyak MABIQ Restaurant, Kuantan

Tempat Makan Best Di Kuantan

Jika anda ke negeri Pahang Darul Makmur dan cari tempat makan best, Bro Nasa cadangkan anda ke MABIQ Restaurant di Tanjung Lumpur, Kuantan. Perjalanan dari bandar kuantan ke restaurant ini hanya mengambil masa sekitar 15 minit. Apa istimewa restaurant MABIQ ini?

Tempat Makan Best Di Kuantan

Menu istimewa MABIQ Restaurant ini adalah ikan patin gulai tempoyak dan paeh patin tempoyak. Bro Nasa sempat merasa dua menu ini dan ternyata rasa masakan di sini adalah kategori 5 Bintang.
Harganya, cukup-cukup murah kerana jika anda ambil bahagian badan ikan patin, hanya RM8.00 seketul manakala bahagian ekor hanya RM9.00 seketul. Bahagian ikan patin di sini bukan bersaiz kecil tetapi bahagian besar.

Tempat Makan Best Di Kuantan


Selain itu, ada menu masakan kampung ala negeri Pahang yang lain antaranya :

  • Paeh Patin Tempoyak
  • Daging Salai Cili Api
  • Daging Salai Goreng Kicap
  • Gulai Rebung Perut Cili Api
  • Ikan Pekasam
  • Sambal Hitam
  • Gulai Lemak Telur Itik
  • Tumis Bilis Tempoyak
  • Bergedil
  • Sup Tulang
  • Sambal Bilis Petai
  • Lempung Berlada
  • Keli Berlada
  • Ayam Masak Merah
  • Labu Pucuk Manis Masak Lemak
Bro sangat berpuas hati makan di restoran ini. Keadaannya yang bersih, teratur dan layanan yang diberi sangat baik. Konsep makan di sini adalah layan diri dan seakan konsep makan di asrama sekolah. Air yang mereka sediakan semuanya dalam balang dengan harga RM1.00.

Kepada yang pergi bercuti ke Kuantan, Pahang, Bro sangat mencadangkan anda makan di sini. Sambil anda makan sebenarnya anda telah mendermakan sedikit sumbangan pada Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Quran ( MaBIQ ). Sangat mulia pengasas restoran ini. Semoga restaurant ini maju bersama MABIQ.

Lokasi MABIQ Restaurant :




5 comments

Akashah Kassim said...

First time datang kuantan
Mabiq ni agak terperosok kr dalam.. Masa jalan rasa takut betul ke x jalan ni
Tak lama lepas tu mabiq buka cawangan baru betul2 tepi jalan lepas jambatan menghala ke tanjung lumpur..senang sikit sampai

Terowong Informasi said...

Btl.. Bro ikot waze je sebenarnya.. Masuk kawasan kampung.mujur btl jalannya tp berbaloi. Dgr2 ada MABIQ 2, bro xsure area mane

Unknown said...

Wah lepas ni kalau ke Kuantan boleh la singgah sini.

Terowong Informasi said...

Singgah... Wajib cuba

Nuna said...

Betul. Pilihan lauk pun banyak. Dan yang penting, sedapppp..😋