10 Negara Tersangat Kecil [Part 2] - Terowong Informasi

Breaking News

10 Negara Tersangat Kecil [Part 2]

Sambungan 10 Negara Terkecil Di Dunia ok..


6)
Kerajaan Other World
Keluasan: 0.02 km2
Populasi: Tidak diketahui
Pemimpin: Her Royal Majesty Queen Patricia I

Kerajaan Other World berasal dari sebuah resort di Republik Ceko yang memerdekakan negaranya sendiri."Kerajaan" ini dipimpin oleh seorang wanita. Dalam kerajaan ini terdapat kasta-kasta. Bermula dari bangsawan bagi para pegawai yang semuanya adalah wanita, kerajaan ini bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin lelaki untuk dijadikan kasta terendah yang disebut budak. Kerajaan ini memiliki pasport mata wang, polisi, bendera, dan lagu kebangsaan sendiri..!!!!
 
7)

Operasi Atlantis
Keluasan:Satu Kapal Laut
Populasi:Tidak Diketahui
Pemimpin:Werner Stiefel

Operasi Atlantis sebenarnya adalah sebuah projek perjalanan sebuah kapal laut yang diketuai oleh Werner Stiefel pada tahun 1971, yang bertujuan untuk membentuk komuniti merdeka di wilayah laut Antarabangsa, bebas dari dikendali negara-negara luar. Tetapi perjalanan kapal tersebut sangat menyedihkan dan akhirnya tenggelam dipukul ombak.

8)
Kerajaan Talossa
Keluasan: 13 km2,+ sebahagian besar Antartika
Populasi: 120
Pemimpin: King John I

Pada tahun 1979, Ketika berumur 14 tahun, Robert Madison, mendirikan kerajaan Talossa. Pada mulanya ia menuntut hanya tempat tidurnya. Namun ketika umurnya meningkat, dia menuntut wilayah-wilayah yang lebih luas hingga akhirnya termasuk bahagian timur Milwakee, dan 2 buah pulau di Antartika dan Perancis.

9)
Grand Duchy of Westarctica
Keluasan: 1.610.000 km2
Populasi: 0
Pemimpin: Jon-Lawrence Langer, Grand Duke of Westarctica

Westarctica adalah dataran ais yang luas di bagian barat Antartika, tak berpemilik sehingga 2001, ketika seorang berbangsa Amerika, Travis McHenry menemui kecacatan dalam perjanjian antara negara mengenai Antartika. Pada dasarnya, dalam perjanjian antara negara, tidak membenarkan sebarang negara untuk menuntut wilayah Antartika, tetapi tidak menyatakan apapun bagi ‘seorang individu’ yang berniat untuk menuntut wilayah tersebut. McHenry kemudian menuntut sebuah wilayah di bahagian barat Antartika.


10)
Kerajaan Hutt River
Keluasan: 75km2
Populasi:20
Pemimpin:His Royal Highness Prince Leonard I

Kerajaan ini didirikan oleh Leonard Casley di tahun 1970. Negara Mini ini terbentuk ketika 5 keluarga besar yang memiliki kawasan kebun di Hutt River terlibat  dengan perselisihan dengan pemerintah Australia. Keluarga tersebut telah melanggar peraturan pemerintah Australia yang membataskan hasil keluaran gandum yang hanya boleh dijual secara sah dalam waktu tertentu. Ketika di mahkamah Casley yang merupakan pemimpin 5 keluarga ini, mengumumkan dirinya sebagai “His Royal Highness Prince Leonard I” dia memanfaatkan peraturan lama yang menyebut apabila melangar peraturan sebuah kerajaan, dia akan dihukum sebagai penghianat, kemudian dia menggunakan peraturan ini sebagai usahanya untuk melepaskan diri dari Australia.

P/S : Macam kelakar kan bila didengar..heheh

2 comments

Anonymous said...

negara punya kecik baru dengar @_@

Terowong Informasi said...

hehe..terlalu kecik bukan?