Apa Itu Botok - Botok [RESEPI] - Terowong Informasi

Breaking News

Apa Itu Botok - Botok [RESEPI]

Botok - botok, mesti ada sesetengah orang pelik apa benda tu sebenarnya.
Botok - botok adalah sejenis makan yang enak.
Sebelum ini, hackers dah postkan entry ini di blog hackers dahulu iaitu nazterjah.blogspot tetapi setelah di hack, resepi tersebut hilang, hackers postkan sekali lagi kepada kamu semua.
Botok - botok ni sinonim dengan masyarakat jawa.
Kat Johor kan ramai orang jawa, so orang johor tahulah apa itu botok - botok.
Tak dapat bayangkan macam mana botok - botok tu?

Inilah botok - botok.
Di dalam botok - botok ni ada pelbagai daun tau.
Ada daun sekentut, pucuk ubi, daun kaduk dan macam - macam lagilah.
Rasanya, sedap gak jika pembuat botok - botok ni pandai buat.
Hackers ada sediakan resepi macam mana cara pembuatannya.
Selamat mencuba...



2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
½ cwn asam jawa
1@2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.
Daun pucuk Ubi
Daun kaduk
Daun pokok teh
Daun kentut2
Daun tengek burung
Pucuk labu, Pucuk betik.
p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
Daun pisang (untuk bungkus)
Cara:
1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.
2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan panas2 dgn nasi terutama waktu malam atau musih sejuk/hujan
Tambahan:
Elok bagi org yg gemar makanan berulam dan pesakit kencing manis.  

No comments