Lelaki 100 Tahun Berkahwin Dengan Kekasih Berumur 93 tahun? - Terowong Informasi

Breaking News

Lelaki 100 Tahun Berkahwin Dengan Kekasih Berumur 93 tahun?

Hi semua,
Pagi tadi sewaktu membawa kereta untuk pergi ke tempat keje, hackers dengar radio Hot FM.
Mereka membuka cerita mengenai lelaki berusia 100 tahun berkahwin dengan  kekasihnya 93 tahun.
Menakjub bukan.
Dah diujung usia tu.Jodoh katakan.
Jom kita ikuti berita ini :


DANA POINT, California - Seorang lelaki berusia 100 tahun, Forrest Lunsway melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Rose Pollard berumur 93 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka mendirikan rumah tangga selepas berkenalan buat kali pertama pada 18 Disember 1983 dalam satu majlis tari-menari untuk warga emas.
Majlis perkahwinan itu diadakan pada sambulan ulang tahun kelahiran Forrest yang ke-100 di Pusat Komuniti Dana Point pada 19 Mac lalu di hadapan rakan-rakan dan anggota keluarga.
Paderi yang mengahwinkan mereka, Sam Lewis berkata, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu yang mengagumkan orang ramai.
"Tema perkahwinan ini adalah kehidupan anda masih belum tamat selagi anda belum lagi meninggal dunia," katanya.
Sebelum berkenalan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Gabungan umur mereka, iaitu 193 tahun, telah menjadikan mereka pasangan tertua di dunia yang berkahwin selepas rekod 183 tahun yang dipegang pasangan Harry Carton dan Edna Holford dari Barnley, England.
Seorang jurucakap Guinness Book of World Records menyatakan pihaknya akan mengesahkan perkahwinan itu sebagai rekod dunia. - Agensi