Nak Tahu Siapa Hacker Terhebat Dunia? - Terowong Informasi

Breaking News

Nak Tahu Siapa Hacker Terhebat Dunia?

Hacker iaitu penggodam komputer yang kita geruni.
Yang digerunnya adalah mereka mampu mencuri data bahkan duit dalam akaun kita sendiri.
Seram kan?
Oklah, mungkin korang pernah terbaca mengenai artikel ini tetapi Hackers nak juga share kat korang.
Sekadar informasi bersama.
Jom kita teruskan membaca :

Jonathan James
 
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.


Adrian Lamo
  
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.

Kevin Mitnick

Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :

-Mengkaburi FBI

-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)

-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.

-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

Kevin Poulsen

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor diWired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.

Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

Karl Koch

Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya kungfuUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.

Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.

Dahsyatkan mereka ini semua...
Sepandai - pandai mereka ini, pasti akan ditangkap.
Biasalah, benda ciptaan manusia mana, semua boleh hack.
Betul tak?

8 comments

Anonymous said...

Good INFO. THUMBS UP. (: Sumpah best entry ni. (: OPPSS, tak boleh main sumpah. (:

Terowong Informasi said...

hahaha...jangan sumpah2..nnt makan sumpah

shaffique said...

kesian jonathan james tu. x boleh pegang komputer 10 tahun. huhu.


My latest entry : Story Line Filem Harry Potter Dalam Bentuk Komik

Terowong Informasi said...

10 tahun tu..kalau hackers...bleh mati wooo

Farah Azurah said...

Macam-macam hal kat dunia ni ..muke semua pandai2 an ..tapi kepandaian yg salah digunakan ..

Unknown said...

bila baca teringin nak thu mcm mana dorang hacking sesuatu laman web..

Terowong Informasi said...

nak hacking? jangan...bahaya wo

Misaki★T-hah said...

jgn hack aku sudaaaaah... :I