Proton Saga BLM Banyak Problem Ker? - Terowong Informasi

Breaking News

Proton Saga BLM Banyak Problem Ker?


Hackers tadi mencari info mengenai servis kereta di Servis Center.
Mileage Hackers sudah 37 000km buat masa ini.
Nak tahu berapa kos servis pada peringkat ini di internet tetapi jumpa satu isu sangat menruncingkan.
Hackers nak minta bantuan kat korang jika ada pembaca di sini menggunakan Proton Saga BLM ada masalah atau tidak.
Sepanjang hackers bawa kereta Proton Saga BLM ini, ada sedikit masalah lah antaranya :
  • Power Streng bocor
  • Tempat isi minyak tak boleh buka.
  • Tak boleh start seperti bateri kong tetapi kuasa bateri ok.
Itu adalah kerosakkan yang dialami oleh kereta hackers buat masa ini.
Hackers ada terbaca komen dari forum mengatakan kereta mereka ini :
  • Senget sebelah kanan.
  • Gear problem
  • Power Window problem
  • Clutch patah
  • Radio problem
  • Reverse Sensor berbunyi apabila masuk gear 4 dan 5.
  • Brek berbunyi kuat.
  • IAFM berbunyi kuat
  • Spot light kejap hidup kejap tidak

Ini adalah antara yang hackers dapat kesan.
Bab kereta senget tu macam ada hackers alami.
Dari dalam parking nampak tegak, bila keluar, eh senget kereta ini.
Mata tak keroo plak..
Komen lain mengenai kereta ini yang hackers dengar adalah :
  • Tiada pick up
  • Spring belakang terlalu lembut. Bawak 4 orang kereta jadi mendak seperti bot laju.
  • Sistem auto yang entah apa2. Hackers pernah naik genting bawak kereta ini. Bunyinya sakit bagai nak jerit. Skit - skit tukar gear je bunyinya(AUTO)
  • Kualiti kereta ini amat teruk.
Ini pendapat orang luar dan hackers sendiri.
Bagi korang yang pernah pandu atau pemilik kereta Proton Saga BLM, pernah ker korang alami perkara seperti ini? Hackers nak juga dengar pendapat korang.

32 comments

Cik Aan Alan said...

belum mampu beli kereta lagi!! isk2!

Terowong Informasi said...

xpe nabiha...nanti kamu mampu la

B33HA B3n said...

ye ke? alamak..baru nak suh mak belikan kete ni untuk beeha sebab harga rendah...byk masalah plak erk...hurm...

Terowong Informasi said...

fuh..banyak masalah la..tapi saga FL tak tau lagi respon mcm mana...

Ameh Wahab said...

hackers...ameh pun drive BLM jgak dh setahun lebih tpi dh missed 2x servis dgn proton sbb x de modal(mahal servis dgn proton ni~!) so hubby servis sendri je..

1) brek tu mmg berbunyi hubby kate kena tukar pebenda tah tpi belum buat lg..

2) last week baru je tmpt minyak x leh bukak sib bek mr.hubby ade mase tu so dia la tolong godekkn...huhu..

3) mmg x leh bwk passenger yg berlebihan berat bkn kt blkg kt dpn pun bleh terasa sbb ari tu I bawak ofismate kuar jln² ade sorang ni bdn nye agak gempal la bile masuk terasa sgt² lowered keta..huhuhu..

4) dari memule beli pintu passenger belakang mmg ketat ckit nak bukak x tau la psal ape..

5) seat belt passenger dpn suke tersangkut²..

Tapi kiteorg pnah jgak nek genting dgn BLM ok je hubby drive dia kate pickup bleh tahan la and dia x tukar gear pun gear pd D je..

adi said...

keta blm saya pun pernah problem tak boleh start enjin walaupun bateri dan starter ok.. dah la rosak time balik perak kmpg bini yg jauh di pendalaman.. rabak duit kena towing bawa ke bengkel pekan..

Pomen ckp mungkin masalah komputer box blm ataupun masalah jenis bateri sel kering. so pomen tu terpaksa try setting manual nasib baik boleh start sekian lama dok start.. pastu masalah lain pulak timbul lining brek tak mkn rata pasai mangkuk lining tu spring tak main tu pasal brek jem sikit siap makan hub habis calar balar mkn dalam.. bala..bala..

Dari mula beli problem IAFM pastu brek selalu bunyi tapi bila tanya proton takde masalah consider perkara biasa hinggalah masalah absober keta aku yg dh bunyik teruk padahal meter lum smpai 45 ribu km lagi..
pas ni tak tau la apa lagi yg problem.. ini kisah benar bkn olok2..

la ni tgh servuy keta toyota lak coz dah serik setiap bulan rabak poket..

mohd said...

saye mohd dr port klang nk kongsi maklumat saye de sebijik saga blm bru nk msuk 4 thun pakai da 3 kali tukar cluth plate dan saye pakai manual.myesal beli.

mohd said...
This comment has been removed by the author.
areface said...

Aduh saga aku plak kene xleh start gak

Terowong Informasi said...

banyak juga masalah pada BLM ini kan? Ia bukan apa, ia melibatkan duit dan masa..betul x?

fahmy said...

Saya punya blm pun sml xleh start. berpeluh dibuatnya call proton service center haram engaged je dekat sejam Cuba call tak dapat Pastu saya biar je Dan keluar guna kete kedua. Pastu pagi tadi start boleh pulak. pening aku dibuatnya kete proton ni. menyesal dah banyak Kali dah ni. beli 2010.

alhafez said...

slm sjhtra..sy dh 4 thn pki blm 1.3 manual..iafm prob bbrp blm lps bli..pastu blm sy ni mmg senget,kn rjn rotate tyr..klu x,bunga tyr plak rsk..pastu gear prob..plg t'tekan dh 4 x clutch plate rsk..mmg ssh nk trime 4 x clutch plate leh rsk..hampeh..

alhafez said...

sy dr melaka,nmpkny kt senasib ttg clutch plate..awk msh gune blm tu lg ke?

Terowong Informasi said...

Bro Nasa masih guna kereta ini lagi...

Anonymous said...

Aku pun sama..mcm fedup ngan saga nie..clutch plate dah 2 kali tukar..keta bru 2 thn..spring gear patah..lampu reverse x nyala..bila g sc nk claim psl clutch..diorang kata x masuk dlm warranty..itu mslh handling..ingat aku ni bru bwk keta ka..kancil aku dah 10 thn clutch ok jer..sakit jiwa aku ngan proton nie..

Terowong Informasi said...

banyak masalah yang dapat didengar oleh pemilik saga BLM ini. Saga Bro Nasa masalah yang terbaru adalah stereng. Bila bawak stereng senget skit tapi jalan tegak. Dah buat kat kedai, ok tapi 7 hari aje, pastu perkara sama berlaku..peliklah

Anonymous said...

lom dua tahun, minyak power steering bocor, tensioner rosak, kereta tak nak start....mekanik check semua ok...tak tau nak wat aper. tension nyer...lom lagi..part tiba2 brek bunyi kuat & mengejut..entah apa-apa...
Kalau aku kaya...senang la...

shah said...

kete sy 2010..masalah starter..bru tukar 2 mgu lepas..ni jadi balik..memang hampeh keta proton ni..menyesal beli

Anonymous said...

Ape jenis kreta pun yg dari proton mmg masalah yg dibanggakan rakyat kta

Anonymous said...

Saya dah pakai dalam 5 tahun, start dari zaman belajar sampai bekerja.

Awal taun 2011, tgh syok memandu tetiba paddle minyak x bfungsi. Mujur masa tu traffic baru bergerak dari tarffic light. Bagi signal ke kiri, berhenti perlahan2. Check, rupanya problem sistem elektrik.Cuba bayangkan kereta tgh memotong?

Bab kereta tak boleh start, masalah sensor, bunyi enjin kuat, itu dah penah kena.

Tapi tak kesah sgt, coz berpadanan la dengan harganya..huhu.

Anonymous said...

Saya ada saga blm. Pada mula mmg okay2. Lama2 keadaan makin teruk. Kereta selalu bawa penumpang, makin lamaa kereta saya loward.
Pasal gearbox. Kereta saya AT, gear L dan D tidak berfungsi. Yang ada hanyalah gear 2 dan 3. Nak tukar gearbox mahal, harga dah mcm enjin. Jadi saya biarkan. Tp sampai sekarang alhamdulillah okay lg kenderaan tu.

Terowong Informasi said...

sampai macam tu sekali ye? Stakat ni, kereta aku xde mslh sampai macam tu skali..adalah skit2 yng problem..nak masuk 5 tahun dah..

Unknown said...

salam... ana pun dah guna saga blm warna maroon dah dekat empat tahun. setakat hari ini alhamdulillah... tidak pernah ada masaalah. untuk pengentahuan sahabat semua ana yang jenis lambat tukar minyak hitam,dari mula beli 60000 km baru tukar minyak hitam. dalam 4 tahun lebih ni baru tiga kali ana tukar minyak hitam, minyak gear baru sekali tukar, timing belt baru aje tukar bulan 6 lepas. power windows ok, gear box ok, iafm ok, spring mendap tu ana angkut barang penuh bonet dan dalam keta tempat duduk belang penuh naik bukit grik gear lima pun naik siap potong memotong lagi (sape kata xde pik up tu jenis yang xpandai bawak keta).ana jenis hentam selagi ok, selalu ulang alik dari peneng kelantan, alhamdulillah... sepanjang 4 tahun ni keta ana xde masalah pun. yang penting kita sebagai tuan keta saga blm ni kena yakin dengan keta kita macam kita sayang awek... apa2 pun yakin pada allah....

azhar said...

salam,
saya kira berbaloi dengan harga yang di bayar. ni dah 5 tahun lebih guna. mmg pernah ada masalah.
masalah
water pump 2 x tukar( 1 dlm waranti)
suis Power window (dlm waranti)
brek blkg bising
punat lock blkg sampai skrg kalau hujan x naik.

kelebihan
bateri baru tukar
kb-kl (puashati minyak kalau jalan jauh dll)
kb- langkawi
bonet luas utk bekeluarga

kiranya puashatilah dgn harga yang dibayar.

*kereta saya satu lagi jenama yang dikatakan ok pun ada masalah jugak

Anonymous said...

Keta blm sy br tukar timing belt sbb dh 80k km tp pas 3 hr mati lak kt hway otw g kje..sentap jugak la kn..sblm ni 4 kali dh spring gear ptus huhu..mcm pelik kn tp sy bwk keta mmgikut had laju...stereng pn senget dh btl kn pn samejgk ermmm

Fauzi said...

saya pakai blm manual dah 5 tahun,sehari drive antara 100km-200km.urban drive KL.tk prnh tukar clutch plate lagi...stakat ni msalah power window jer.

Anonymous said...

salam.. sy pakai blm dah masuk 5 thn.. Alhamdulillah, setakat ni ok je.. xpernah meragam.. rasa berbaloi pakai blm, murah dan menjimatkan.. selalu jalan jauh, KL-Kelantan, setiap kali cuti sekolah.. Dari KL ke Melaka, JB, Genting & Kuantan tu dah selalu sangat 110/km ikut had laju yg ditetapkan.. kereta standard (manual) xde modi ape2 pun :)

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

nama saya amir yusof dan saya telah menggunakan proton saga blm SE automatik since 2009.. saya notice that kalau kereta saya tu mula2 start engine and masuk gear "D", seolah2, kereta tu susah sangat nak shift gear (macam nak tukar dari gear 1 to gear 2) sampai saya kena "ram" more than 2.5rpm-3rpm.. tp pastu lama2 baru la senang sikit kereta tu nk shift gear..

pastu, saya perasan, time kalau nak daki bukit, kereta tu xnak pula tukar gear (ex: dari gear 3 to gear 2 and seolah2 kereta tu duduk dlm gear 3 je until saya kena shift sendiri tombol gear tu kepada gear "2") and kadang2 time kita TAKNAK kereta tu tukar gear, tiba2 je dia tukar gear (ex: kalau turun bukit, tiba2 kereta tu turun ke gear "2" secara mendadak).. ni yang apa yang saya perhatikan since saya guna kereta tu dari beli lg..

problems are, kalau nak start engine dan nak drive utk short distance (ex: macam nk pergi kedai or jln2 tgk2 area kawasan kampung), mmg tak best, kereta kalau mula2 start engine dia susah nk shift/tukar gear and this will leads to a very much higher fuel consumption..

so, just nak tanya, ada tak cara2 utk nk selesaikan masalah ni or boleh tak kita "reprogram" balik setting utk automatic transmission tu.. kalau ada, kat kedai pomen kereta mana yang boleh kita "reprogram" balik setting utk automatic transmission tu ya? sbb saya rasa dan sangat yakin that this problem could be solve.. any ideas or comments?

Anonymous said...

Mmg sy guna saga keluaran 2010 dh 3 kali tukar clucth plate mslh pd clucth pam bawah kt gearbox tu dia xreturn sbb tu clucth trbakar..

Anonymous said...

Assalam sy guna saga keluaran 2010 dh hmpir 4 thn dh 2x tukar clucth plate mslh pd clucth pump bawah kt gearbox tu dia xreturn sbb tu clucth lama2 trbakar dan slip..sy dh tukar 1set atas dan bwh skali dan sdg monitor hrp selesai masalah ni dh habis rm800

Unknown said...

Alhamdulilah sy pakai Saga BLM da lebih 4 tahun..pakai standard je..sistem asal kalau diubah mmg akan jadi masalah pada kereta kita..lebih kan bersedekah ye sahabat semua..leh hubungi sy 0177311978 untuk info lanjut

Unknown said...

arlam kereta selalu berbunyi...ape mslh nye