Trend Terbaru Tindik Korset Pada Tubuh - Terowong Informasi

Breaking News

Trend Terbaru Tindik Korset Pada Tubuh

LONDON - Korset yang ditindik pada kulit badan merupakan trend terbaharu yang diminati oleh golongan muda bagi menggantikan tatu.

Kos untuk menindik beberapa subang pada tubuh untuk meletakkan reben yang dijadikan korset itu melibatkan kos sehingga £300 (RM1,473).

Bagaimanapun, seorang doktor bedah memberi amaran bahawa korset itu akan menyebabkan parut pada badan buat seumur hidup dan jangkitan kuman.

Korset itu ditindik di bahagian belakang badan, tulang rusuk dan leher namun parut akan muncul dalam tempoh beberapa minggu.

Bagaimanapun, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di Southampton, Laura Hunt berkata: "Ia tidak berbahaya kerana subang yang ditindik itu di permukaan tubuh dan tidak terlalu dalam." - Agensi


P/S : Giler gaban..dah buang tabiat nak buat macam tu...

3 comments

Nabila Wahab said...

giler ! buang tebiat ke hape..?

Terowong Informasi said...

mmg dh buang tabiat..nak buat x?

Anonymous said...

sah nie dah terlebih pandai sampai buat benda yang tak pandai