Zahiril Adzim @ Daim Setanding Rosyam Nor? - Terowong Informasi

Breaking News

Zahiril Adzim @ Daim Setanding Rosyam Nor?

Jika sebut nama Zahiril Adzim pasti korang akan tertanya - tanya siapa beliau sebenarnya.
Jika sebut Daim, salah satu watak drama popular TV3, Juvana semua orang akan kenal siapa beliau.
Daim atau nama sebenar watak tersebut Zahiril Adzim semakin dikenali dan menjadi bualan ramai mengenai beliau terutama sekali menerusi drama Juvana.


Tahukah korang bahawa beliau ini banyak diselitkan dalam drama tetapi kita sahaja yang tak perasan.
Cuba anda lihat video klip Ana Raffali, ada muka daim dalam video klip tersebut.


Manakala filem Senjakala pon beliau berlakon.
Masa ini nama beliau orang tak kenali sangat.
Bagusnya, beliau low profile dan bersahaja untuk menaikkan nama beliau.


Dilabelkan sebagai seorang anak seni yang berbakat dalam era kemodenan ini, ramai yang berganggapan Zahiril setanding bakatnya dengan pelakon berkebolehan, Rosyam Noor.
Bakat pada beliau lebih kurang sama dengan Rosyam Nor.
Tapi Rosyam Nor sekarang tak berlakon lagi dan hanya tumpu menjadi pengarah sahaja.
Watak baik dan jahat beliau boleh lakukan.

Beliau juga menulis sebuah buku yang berjudul, Bogel Menuju Tuhan, dia banyak dikritik apabila tajuk untuk buku itu dilihat terlalu berat oleh sesetengah orang.
Jangan disebabkan tajuk sahaja ramai yang kritik.
Baca dulu dan barulah korang faham disebalik buku tersebut.
Ini pendapat Hackers, korang pula bagaimana?
Sama pendapat seperti Hackers?

6 comments

Encik Amman said...

Andai kata tajuk sebegini.. kene baca sampai habis kandungan dia.. baru lah kita beri ulasan. kenal diri rata2 baru kita dekat dengan tuhan.

Terowong Informasi said...

betul tu encik amman..xbaca macam mana nak tahu kan?

Izwa Kamaruddin said...

oooo..zahiril ke name dia..biase tgk juvana tapi x kenal sape pelakon nyer kecuali bront palare jek...:)

Shaherah said...

ha ah.. die low profile je kan.. ramai orang tak perasan.. rase nyer bnyk dh die blakon.. watak baik ke watak jahat semua boleh.. muka dia suma boleh.. Hahaha.. versatile.. ^_^

Dba Dealova said...

Waa...saya sangat minat lakonan Zahiril Adzim n_n

Terowong Informasi said...

terbaik...bakal popular tahun depan ni