Farah Lee, Bakal Tunang Ally Iskandar Merupakan Anak Angkat Keluarga Zizan Raja Lawak? - Terowong Informasi

Breaking News

Farah Lee, Bakal Tunang Ally Iskandar Merupakan Anak Angkat Keluarga Zizan Raja Lawak?

Sebelum ini, kita pernah dikejutkan dengan berita Ally Iskandar putus tunang. Tetapi tak disangka-sangka, Ally Iskandar kini telah menjumpai pengganti kekosongan jiwanya dan gadis bertuah itu pula adalah adik angkat merangkap anak angkat keluarga Zizan Raja Lawak.
Zizan yang baru-baru ini telah meletup dengan filem terbaru Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham telah dilihat menerima kunjungan raya dari Farah Lee kerumahnya di Kuala Terengganu.
Gambar Zizan dan Farah Lee beraya bersama yang pertama kali dilihat di laman sosial Facebook milik Farah Lee itu turut menunjukkan yang Farah memang tidak kekok bersama Zizan dan ini menguatkan lagi pengakuan Farah bahawa Zizan adalah abang angkatnya.
Apabila ditanya oleh rakan-rakannya di laman sosial itu, Farah selamba menjawab,

“Farah anak angkat family Zizan,” dan dia turut menjawab mengenai statusnya bersama Ally Iskandar, “Abang juga,”.

Wah..main angkat - angkat pula ye..Lepas ini jangan keluar gosip liar pula.Kecian pula si Farah Lee ini.

Sumber : Ohbulan

3 comments

kathy said...

semoga berkekalan sampai bila2..amin ^^

Terowong Informasi said...

amin...hehehe

My Name is Mar said...

Cepat gilerrr jumpa pengganti..