Kilang MUNCHYS Di Fitnah Melalui SMS/Email Palsu - Terowong Informasi

Breaking News

Kilang MUNCHYS Di Fitnah Melalui SMS/Email Palsu

"JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS,BT PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK.BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH,MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKAN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM & KEPENTINGAN UMAT ISLAM.DR PEG.JAKIM-HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)."
Fitnah sana sini makin menjadi sekarang ini.
Sebelum ini kecoh mengenai produk ini tak halal lah, itulah.
Siapa punya angkara ini yang buat fitnah.
Apa faedah jika menyebarkan fitnah?
Dapat duit atau pahala ker sebenarnya?
Bukanlah kita tahu bahawa fitnah ini lebih merbahaya berbanding membunuh.
Sebabnya, dengan kata - kata dari mulut, ia boleh membuat orang percaya jika orang tersebut tidak menyelidik perkara sebenar sebelum disebarkan ke orang lain.
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa, JAKIM juga menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.So tak payah nak kecoh lagi ok.Abaikan email berantai ini kerana ia boleh merosakkan ummah sejagat.

4 comments

Unknown said...

ni mesti kianat dengki la ni

Unknown said...

muka pemancing tu mcm zizan! haha

Anonymous said...

ish3..xelok la cmnih..

Terowong Informasi said...

tau xpe..keje nak fitnah aje..elakkan fitnah ini...