(Makanan) Laksa Kuala Kangsar Pak Yeop Mesti Cuba!!! - Terowong Informasi

Breaking News

(Makanan) Laksa Kuala Kangsar Pak Yeop Mesti Cuba!!!

 Laksa Kuala Kangsa Pak Yeop

Kali ini Hackers buat terjahan makanan pula.
Dah lama tak buat terjahan ala - ala Jalan - Jalan Cari Makan.
Ada pembaca blog disini peminat Laksa?
Anda pernah dengar Laksa Kuala Kangsar Pak Yeop?
Pastinya masih ada yang belum pernah dengar bukan.
Nadzri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Yeop memulakan perniagaan Laksa Kuala
Kangsar sejak 24 tahun yang lalu. Semuanya bermula akibat kegawatan ekonomi yang melanda
negara pada tahun 1987. Waktu itu, banyak pekerja syarikat swasta ditamatkan tugasnya untuk
mengurangkan tenaga kerja. Masalah tersebut telah mencetuskan idea kepada Pak Yeop bagi
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai pendapatan harian bagi menyara
kehidupan keluarga beliau.
 Pak Yeop, peniaga Laksa Kuala Kangsar
 
Laksa Kuala Kangsar merupakan makanan tradisional orang Melayu yang terkenal di
negeri Perak. Keistimewaan Laksa Kuala Kangsar Pak Yeop ini terletak pada mee laksa tersebut,orang Perak panggil ‘laksa basah’ yang dibuat sendiri oleh Pak Yeop yang juga sedap jika
dimakan tanpa kuahnya.
Lori kecil yang digunakan oleh Pak Yeop untuk menjual laksa

Pak Yeop memulakan perniagaannya dengan modal yang kecil. Pada awal perniagaan,
beliau hanya menjaja menggunakan motosikal. Setelah lebih 10 tahun menjaja menggunakan
motosikal, Pak Yeop telah membeli sebuah lori kecil. Kini, laksa Pak Yeop terkenal dikalangan
masyarakat sekitar Shah Alam dan Klang dimana merupakan kawasan Pak Yeop berniaga.Jadi orang Shah Alam, bolehlah merasa laksa keistimewaan Pak Yeop ini.Hackers sudah rasa dan pastinya sedap gila!!!Makan sekali pasti hendak lagi.Tak rugi mencuba tau.

Pak Yeop juga menerima tempahan bagi jamuan hari raya, rumah terbuka, hari guru,
hari jadi, perpisahan, sekolah dan lain-lain. Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah,
boleh hubungi Pak Yeop di talian 017-6748289.

Link facebook Laksa Kuala Kangsar Pak Yeop
http://www.facebook.com/pages/Laksa-Kuala-Kangsar-Pak-Yeop-Nadzri-Ibrahim/ 231343020250811

Lokasi Pak Yeop Berniaga :
http://maps.google.com.my/maps? q=pak+yeop+laksa&hl=en&biw=1525&bih=706&prmd=imvns&um=1&ie=UTF- 8&ei=6tJ1TvmIGYvLrQevheCsDg&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=3&ved=0CDAQ_AUoAg

5 comments

ftdanisha said...

perhh...my fav tu..terliur suda

Terowong Informasi said...

mesti cuba laksa pak yeop ni..Hackers rekeman pastinya yang terbaik tau...confirm makan kaki terjungkit punya sebab punyalah sedap..hehe

Unknown said...

laksa! my pebret n laksa kuala kangsar sgt sedap! [im from kuala kangsar.lalalala =)]

ZianaRazali said...

yang dkat seksyen 18 tu laksa pak yeop ni ker?memang fevret tuuu..huhu

Terowong Informasi said...

anayana pernah makan ke?sedap kan?
memang terbaik dari ladang punya