Mampu Ke Skuad Harimau Muda Menentang Jepun Malam Ini? - Terowong Informasi

Breaking News

Mampu Ke Skuad Harimau Muda Menentang Jepun Malam Ini?

 Cekap..Khairul Fahmi sewaktu latihan semalam..

SEJAUH mana benteng skuad Olimpik negara akan bertahan bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal pemain berdepan jentera serangan Jepun yang mahukan kemenangan selesa pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, malam ini.Perlawanan malam ini merupakan perlawanan pertama Malaysia untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik London 2012 nanti.Jelas kita lihat, pasukan Jepun mempunyai jentera serangan yang cukup kuat terutamanya di bahagian sayap yang membuatkan kita tertekan.Penyokong Malaysia perlu menyokong skuad muda ini untuk membuat keajaiban di sana malam nanti.
Tugas pastinya berat buat Mohamad Muslim Ahmad serta rakan di benteng yang tidak akan duduk diam menahan, menyekat dan menghalang kubu Malaysia daripada ditembusi.Walaupun mengakui penyerang utama Jepun, Kensuke Nagai menjadi pemain yang harus diawasi setiap masa, mereka juga mempunyai pemain lain seperti Genki Haraguchi dan Naoki Yamada yang tidak boleh terlepas pandang.Hackers mengharapkan keajaiban dari pasukan Skuad Harimau muda kita malam ini.Mampu atau tidak mampu, kita lihat sahaja malam ini.Bermain mati - matian sehingga wesel penamat.

8 comments

Unknown said...

safee x main mlm ni kan? entah la.. insyaAllah bleh menang

Terowong Informasi said...

skuad harimau muda mana ada safee sali la..harap keajaiban berlaku

sue perbs.. said...

semoga berjaya malaysia

lalang said...

safee tu sekadar 1 bintang yang paling menyinar dalam negra kite sekarang ni, aku percaya ramai lagi bintang yang ade, wan zack haical tak kurang hebatnya.

Hope malaysia menang dengan bergaya lawan jepun

Unknown said...

sy dtg setelah d hacked

Unknown said...

singgah lepas terok kena hacked

Terowong Informasi said...

kita harapakan pemain muda akan menyinar..
Khairul..ko kene hack ke?

Nur Syazana Mohammed Sani said...

insyaAllah boley ,. ta ad yang mustahil dalam dunia nie ,.

http://syazanasani.com