Sikap Suami Yang Pentingkan Kawan? - Terowong Informasi

Breaking News

Sikap Suami Yang Pentingkan Kawan?

Perkara ini selalu berlaku pada pasangan yang baru berkahwin.
Jangan bohonglah jika suami anda itu ok belaka.
Hackers sebagai lelaki tahu, perkara ini pasti akan berlaku disetiap orang.
Sebab itu tajuknya begitu.
Suami pentingkan kawan berbanding isteri ini maksudnya si suami kerap lepak di luar dan isteri tinggal dirumah.Kes ini kerap berlaku jika kamu menghadapi "PJJ" ataupun perkahwinan jarak jauh.
Bila berjauhan, pastinya kamu akan merasa bosan bila suami/isteri tiada di sisi.
Jadi, kawan sahajalah yang boleh membuat teman bergembira.
Bergembira tu agak - agaklah dan jangan sampai berjoli sakan.
Hackers pernah lalui perkara ini dan tak mustahil ia tak berlaku pada si suami yang lain. Bila isteri berjauhan, biasalah lelaki, ajak 'ngeteh" di kedai mamak dah jadi kebiasaan. Itu tidak mengapa lagi.Jika "ngeteh" sambil cuci mata tu yang tak ok ni. Balik lewat malam tu satu kebiasaan tetapi dah kawin jangan amalkan sebenarnya.Ia boleh menimbulkan syak wasangka terhadap isteri.
Bagi mengelakkan di 'senarai hitam' oleh isteri, beritahu kepada mereka di mana anda berada sebenarnya dan jangan bohong. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, janganlah berlakunya "PJJ" dalam hubungan kamu itu kerana ia mengundang padah.Jika terikat dengan tugasan, minta ditukarkan tempat yang lebih dekat dengan isteri/suami kamu itu.Jika tidak boleh juga, minta pasangan cari kerja lain yang dekat dengan pasangan kamu itu.Salah seorang perlulah bekorban demi keluarga sendiri.Fikir - fikirkanlah...

7 Tip Perkahwinan Jarak Jauh :

  • TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.
  • TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.
  • TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.
  • TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.
  • TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.
  • TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.
  • TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

2 comments

Unknown said...

bini aku x bagi aku keluaq malam ha3

Anonymous said...

Npelaa suami sy slalu kuar mlm2..smpai abaikan ank bini... tlgla ape nk wat