Terharu Bila Melihat Iklan Ini - Terowong Informasi

Breaking News

Terharu Bila Melihat Iklan Ini

Anda tentu pernah lihat iklan ini di kaca television anda.
Iklan Telekom Malaysia sebagai penaja kelab ternama Inggeris, Manchester United membuatkan Hackers tersenyum dan terharu. Ia mungkin dari aura Safee Sali, iaitu penyerang sensasi kebangsaan yang menjalani latihan 2 minggu di Cardiff City.Kita dapat tahu bahawa pihak Cardiff City berminat untuk menggunakan khidmat Safee dalam skuad mereka tetapi berdepan dengan satu masalah paling besar iaitu permit kerja di sana.
Kenapa?
Kedudukan pasukan Malaysia dalam Ranking Fifa terlalu jauh dan sukar untuk ke liga kompetitif di England.



Jika FA England melonggarkan syarat, mungkin iklan seperti di Telekom Malaysia ini menjadi realiti.
Dalam iklan tersebut menunjukkan seorang remaja yang bernama Ramli telah menyertai pasukan gergasi tersebut kerana mahu buktikan kepada ayah beliau bahawa beliau mampu berjaya dengn lebih tinggi lagi.Apa yang kita lihat dalam iklan tersebut, kelihatan ayah si Ramli menitis air mata melihat anaknya menjaringkan gol pertama bersama skuad Man Utd itu dan mengenang kembali apa yang Ramli katakan dahulu.Iklan ini memang terharu jika anak Malaysia dapat mengukir nama di Liga Perdana England tersebut.Kita harapakan ada rakyat Malaysia dapat bermain di liga kompetitf di eropah satu hari nanti.

4 comments

Munn Jaafar said...

mmg suke tgk iklan ni wpun xsokong MU =)

Terowong Informasi said...

bilalah ia menjadi realiti kan

Cik Purple said...

memang mengharukan.. :') walaupun sy pyokong liverpool.. =='

Terowong Informasi said...

siapa team itu takpe,tapi iklan tu mengharukan