Tips Menjadi Blogger Terbaik Dan Disegani - Terowong Informasi

Breaking News

Tips Menjadi Blogger Terbaik Dan Disegani

Belum pernah lagi Hackers memberi tips untuk menjadi blogger terbaik dan disegani.
Layak ke Hackers memberi tips ini kepada kamu semua?
Ah, niat kita baik apa slahnya.
Ia mungkin berguna pada blogger lain terutamanya blogger baru.
Mungkin blogger baru masih tercari - cari rentak bagaimana nak jadi blogger terbaik dan disegani dan bukannya GILA POPULAR ok...
Baiklah, berikut adalah tips bagaimana nak jadi blogger terbaik dan disegani :

1. Guna Background Blog Yang Simple
Kebanyakkan blogger nakkan blog mereka kelihatan cantik dan chomel.Jika anda kreatif menghias blog,pastinya ia nampak menarik tak kira apa warnanya,Pink ke atau hitam.Apa yang penting, biar simple dan tak serabut.Ia memudahkan dan menyelesakan pembaca membaca di blog anda.

2.Kurangkan Widget
Kat laman sesawang, berlambak kod widget yang chomel - chomel dan pelbagai jenis disediakan.Tahukah anda bahawa widget ini memberi masalah kepada pembaca blog anda sebenarnya?Walaupun ia kelihatan cantik, ia mengganggu sebenarnya.Jika mahu letak 1 atau 2 pun kira oklah dan jangan membuatkan pembaca anda jelik dengan blog anda!!!Ia boleh membuatkan mata pembaca blog anda menjadi Bling Bling!!

3.Muzik Di Blog
Oppocot mak ko!!!Pasti pembaca blog anda akan berkata begitu.Mana taknya jika anda letak lagu di blog anda secara autoplay, mahu tak terkejutnya mereka.Ia boleh membuatkan pembaca blog anda lari begitu sahaja.Jika mahu letak, jangan autoplay.Kalau nak play, biar secara manual.Taklah sakit jantung bila masuk blog korang nanti.


4.Menerima Teguran Dan Tak Cepat Melenting
Ha..dah mula femes, jangan pula orang tegur kamu, kamu pulak cepat melenting.Terima sahajalah apa yang blogger lain tegur.Open minded lah sedikit.Tak rugi pun kamu open minded dalam dunia blog ini.Tak semestinya kita ini betul sahaja tau,cermin diri tu dahulu sebelum nak melenting kat orang lain.Ingat tu...

5.Jangan Jadi Blogger Sombong
Sebelum ini Hackers ada membuat entry Jangan Jadi Blogger Sombong, memang hits perkara ini.Blogger sombong, memang ramai tak suka sebenarnya.Rerajinlah blogwalking dan beri komen kepada blogger lain.Bila blogger lain tegur tu,jawablah ye...

6.Jangan Pilih Bulu
Pilih bulu sama ada nak bulu kerinting atau lurus, JANGAN BEGITU!!!Jangan asyik balas komen orang yang anda kenali sahaja tetapi komen orang lain diabai begitu sahaja.Kamu boleh dilabel Blogger Pilih Bulu sebenarnya.Berkawanlah dengan semua orang.Pastinya ia merapatkan silaturahim antara pembaca blog kita.

7.Jangan Aibkan Blogger Lain
Satu perkara yang perlu diingat sebenarnya.Kerja mengaibkan orang ini akan dipandang serong oleh pembaca blog anda nanti.Fikir dahulu sebelum nak aibkan orang dan bertanya diri sendiri "kalau aku kena aib dengan orang lain,macam mana ye"?

8.Entry Copy Paste
Satu perkara yang amat keji sebenarnya.Ia seolah mencuri kreativiti orang lain tanpa pengatahuan beliau.Jika nak copy paste pun, kreditkan nama pembuat entry asal itu.Bukan susah pun.Ruang blog pun tak tergugat.


9.Bantu Blogger Baru
Banyak blogger baru muncul di alam maya ini sebenarnya.Di Malaysia, hampir ratusan ribu blogger wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Bantu blogger baru ini bagus sebenarnya.Jika kita bantu mereka dengan cara bagaimana sekali pun, blogger baru tersebut akan ingat nama anda dan mereka boleh menjadi idola blogger anda.Yang penting, jangan kedekut ilmu dengan blogger baru...

10.Jangan Guna Short Form
Short form ataupun ringkasan ayat perlu dielak dalam entry di blog.Sebabnya adalah ia menyukarkan orang lain membaca.Belum tentu semua orang mengetahui bahasa short form ini.Entry di blog anda buka sahaja di baca oleh orang di Malaysia sahaja malah orang luar Malaysia pun ada.Meraka akan menggunakan translate jika mahu entry kamu semua.Jadi, jangan guna short form ok.


11.Jangan Guna Verification Di Komen
Perkara ini selalu Hackers lihat terutamanya pada blogger baru.Bila dah best,pastinya pembaca mahu komen apa yang anda ceritakan dalam entry tersebut.Bila nampak Verification Word, pembaca jadi malas nak komen kerana ia menyukarkan dan leceh.Jadi, elakkan guna verification ini ye.


12.Sentiasa Update Blog
Jika blog kamu kerap update, pastinya pembaca meminati blog anda kerana ada cerita baru yang ingin disampaikan.Pembaca akan ternanti - nanti entry anda seterusnya bila anda rajin update blog.Jika anda sibuk dengan kerja, 1 hari 1 entry sudah memadai tetapi kalau boleh,entry itu berkualiti.


13.Bermegah - Megah perlu Dielakkan
Yang terakhir adalah, jangan terlalu bermegah dalam entry anda.Ia membuatkan pembaca menyampah dengan karektor anda tunjukkan itu.Perkara ini memang perlu dielakkan sangat.Jadilah blogger low profile dan karektor sederhana sahaja.Pastinya anda akan jadi yang terbaik!!

Itu sahaja Tip bagaimana mahu menjadi blogger terbaik dan disegani dan diharap tips ini dapat membantu anda dalam mengharungi dunia blog ini.Jika ada sebarang komen, komen ye.Akan dibalasnya..

2 comments

Vidic said...

nice info .. like it .. tq so much

mselim3 said...

Bagus ,,,entry yang baik..terima kasih hackers sangup berkongsi....
x kedekut ilmu....
nanti Allah tambah ilmunya dengan ilmu yg lebih baik...k

Wassalam....