BODOH Siapa Yang Mengkritik Skuad Harimau Muda!!! - Terowong Informasi

Breaking News

BODOH Siapa Yang Mengkritik Skuad Harimau Muda!!!

Salam 1 Malaysia.
Anda menonton perlawanan Malaysia VS Bahrain semalam?
Perlawanan semalam berkesudahan Harimau Muda kalah ditangan Bahrain 2-3.
Hackers semalam turun ke stadium untuk melihat perlawanan tersebut untuk memberi sokongan.
Stadium memanglah agak ramai iaitu 30 000 yang membanjiri stadium Bukit Jalil.
Semasa kita sudah menjaringkan 2-0, semua peminat Malaysia bukan main dipuji persembahan Malaysia ketika itu tetapi bila Bahrain mengasak 3 biji gol dalam masa 10 minit, ada segelintir peminat yang datang mula memaki hamun pemain Harimau muda ini.
Yang Hackers dengar depan Hackers sendiri adalah "Khairul Fahmi!!! Boloskan lagi bola tu!!!!". Itu sedikit je Hackers beritahu, ada mencarut jangan cakaplah. Ini ke mentaliti rakyat Malaysia terhadap skuad Harimau Malaya ini? Bagi pendapat Hackers, ia bukanlah 100% kesalahan penjaga goal, Khairul Fahmi sahaja. Mungkin ada kesilapan bahagian pertahanan negara.
Lagipun apa yang perlu kita ingatkan, sebelum ini Harimau Muda tidak pernah target layak untuk pergi ke London 2012 tetapi kejutan yang mereka lakukan sebenarnya sudah menunjukkan bola sepak Malaysia sudah ada peningkatan.
Skuad ini sudah pergi ke tahap lebih jauh berbanding skuad senior Malaysia. Lihat, Harimau muda telah menonjolkan pemain muda berbakat iaitu Nazmi Faiz yang baru berusia 17 tahun. Dahulu ada pemain Malaysia semuada ini mewakili negara? Sudah tentunya tidak bukan?

Satu lagi Hackers betul-betul tidak puas hati iaitu sikap blogger2 otai mengkritik skuad Harimau Muda ini. Katanya Sampai bila aku nak tengok negara kita bermain di peringkat antarabangsa kalau asyik dengan ‘ tak pe jer  dan cuba lagi ?? Perlu ke kata begitu? Kalau hebat sangat, pergi wakil negara dan tunjukkan kehebatan kamu itu di padang bola sepak.
Mampu tak kamu pergi ke Piala Dunia atau Sukan Olimpik dengan kebolehan kamu itu?Setakat kritik di blog buat apa. Siapa Blogger tersebut, cari sendiri ok. Perlu fahamlah sedikit, skuad ini masih baru permulaan. Baru nak merangkak takkan tiba-tiba nak nak berlari pulak..Kejayaan mereka merangkul emas di sukan Sea baru-baru ini telah menunjukkan peningkatan mereka. Anda mampu lakukan seperti mereka? Jika mampu, Buktikan!!!

9 comments

syaz rini said...

sekurangnya harimau melaya ni dapat mengharumkan nama negara .. yg mengkritik..just tengok & kritik je diorg tahu,..huhu

Mr feckry said...

ala salah taktik je..dalam bola macam-macam boleh jadi

penglipurlara said...

bola sepak selalu mainkan perasaan penyokong..walaupun dah leading dengan dua jaringan belum tentu kemenangan adalah milik kita selagi wisel penamat dibunyikan..

Not Specified said...

Time Harimau Muda menang lawan Garuda, diorang bagi tinggi pujian. Time dah kalah, diorang maki hamun! Harimau Muda dah buat yang terbaik, redha je lah~

jAr! TekAN said...

hello....pasukan negara kita dah melakukan yang terbaik ok...apa2 pun kita kena berdiri teguh memberi sokongan..bukan puji bila menang dan kutuk bila kalah..semoga kekalahan ini membuka minda pasukan negara kita untuk terus melakukan yang terbaik..perjuangan pasukan kita masih belum selesai....

sue perbs.. said...

tak payah la kutuk2 harimau muda tu.. siapa yang main nak kalah.. jadikan kekalahan ni satu pengajaran..

Unknown said...

tetap sokong Malaysia

harrazdani said...

aku tetap sokong harimau muda..walau menang dan kalah, tapi smlm aku secara ikhlasnya sedikit kecewa...tp tak boleh komen laaaa..sebab harimau muda ada lesen besar menang gold medal di indonesia...sape komen akan dicop macam2...huhu

Terowong Informasi said...

bagus semua pembaca blog Hackers ini kerana tidak menyalahkan 100% kepada pemain harimau muda. Perjalanan mereka masih muda, pengalaman mereka dipentas dunia ini akan diambil dan akan dibuktikan pada rakyat malaysia satu hari nanti