Chef Wan Kritik Adlin - Terowong Informasi

Breaking News

Chef Wan Kritik Adlin

Walaupun chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, tidak hadir pada minggu keempat persembahan, Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

"Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.

“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.

P/S : Bagus juga kutuk Adlin ni..Kalau orang lain, dia kutuk macam dia aje betul.

5 comments

ftdanisha said...

padan ngan adlin..cm bagus jer..nape ek bla nk wt lwk org suke nk double meaning..tp yg mendengr/menonton tu suke gk lyn..gelk kemain

EG said...

terbaik.

Terowong Informasi said...

lawak zaman sekarang wajib double meaning. tak buat x sah jawapannya

bella luna said...

aku tak tengok cerita MLM sebab bagi aku cerita nie membodohkan diri sendiri je, lebih2 lagi lau lawak tu memang lawak bodoh,. tapi aku salute chef wan, die memang terbaik,.

Unknown said...

minggu keempat semu nk jadi perempuan!!