(Gambar) Benda Pertama Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

(Gambar) Benda Pertama Di Dunia

Anda masih ingat lagi kewujudan barangan sekarang ini seperti handphone, basikal, dan sebagainya semasa ia dicipta pertama kali? Pastinya anda ingat-ingat lupa bukan.
Baiklah, Hackers akan tunjukkan kepada anda benda pertama di dunia ini :

Penampakan Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife hand
Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.


Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN
 Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia. Berjalan menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang pertama kali adalah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.


Photografi Pertama (1826): "View from the Window at Le Gras"
Berabad-abad kemajuan dalam kimia dan optik, termasuk penemuan kamera obscura, menjadikannya pelopor untuk foto pertama di dunia. Pada tahun 1826, ilmuwan Perancis Joseph Nicéphore Niépce, mengambil foto itu, berjudul "View from the Window at Le Gras" di rumah keluarganya.


MP3 Player Pertama (1998): MPMan 32MB
Di lancarkan pada tahun 1998, MP3 Player Pertama Di Dunia, terdiri dari 32MB dan 64MB. Harganya pula ialah $69.


Komputer 'Mouse' Pertama (1964): by Douglas Engelbart
Mouse pertama didunia di cipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu. 


Motor Pertama Di Dunia (1885): Daimler's "riding car"
Kenderaan bermotor pertama dicipta dan dibangunkan oleh orang Jerman iaitu Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada 1885. Walaupun ada yang mengatakan sudah wujud Reitwagen (kereta kuda bermotor). Kendaraan pertama ini digerakkan dengan minyak tanah.



Bangunan Motel Pertama Di Dunia (1925): Motel Inn
 Motel Inn di San Luis Obispo, California, motel pertama di dunia. Dibangunkan pada 1925 oleh arkitek LA, Arthur Heineman. Motel Inn diberi nama Milestone Mo-Tel. Kos untuk satu malam adalah $1.25 dan masih beroperasi sehingga saat ini.


Microprosesor Pertama Di Dunia (1971): Intel 4004
 Pada November 1971, Syarikat Intel menghasilkan micro prosessor pertama, Intel 4004 (U.S. Patent #3,821,715), diciptakan oleh Federico Faggin, Ted Hoff, dan Stan Mazor.


Kamera Digital Pertama Di Dunia (1975): Created by Kodak's engineer Steve Sasson
December 1975, Engineer Kodak, Steve Sasson mencipta kamera digital ini. Berukuran pembakar roti dan resolusi 100×100 - atau 0.01 megapixels.


Laptop Pertama Di dunia
Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985. Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.



Telefon Mudah Alih Pertama DI Dunia
Motorola DynaTAC (Dynamic Adaptive Jumlah Skop kawasan) 8000x adalah telefon pertama di dunia dikeluarkan secara komersial dan kemunculan pertama pada tahun 1983 dengan harga $3995. Syarikat ini menghabiskan lebih dari $100 juta dan 15 tahun mengembangkan teknologi. Pada 13 x 1.75 x 3.5 inci, yang DynaTAC 8000x memaparkan sebuah skrin LED dan sampai 30 minit waktu bicara ketika dicas penuh. Ia terdapat dalam tiga kombinasi warna yang berbeza, yang meliputi putih kelabu, coklat, dan kelabu gelap.



Mesin Fotokopi (Photostat) Pertama Di Dunia
Seorang peguam bernama Chester Carlson menemukan proses yang disebut 'fotografi elektrik' pada bulan Oktober 1937 yang kemudian berganti nama menjadi 'xerografi' pada tahun 1938. The "10-22-38 Astoria" adalah mesin fotokopi pertama yang diketahui. Xerografi dari penyalinan proses itu menjadi salah satu penemuan paling terkenal dari abad ke-20. Carlson menjadi kaya raya dari penemuan tersebut dan mencipta sebuah industri berjumlah bilion dollar dan mendapat pengiktirafan dunia. Dianggarkan bahawa Carlson menyerahkan hampir $100 juta pendapatan untuk amal dan yayasan sebelum kematiannya pada tahun 1968.


Ada banyak lagi sebenarnya tetapi ini sudah mencukupi. Semoga anda mendapat ilmu yang tidak setimpal ini...

1 comment

Not Specified said...

Besar-besar juga barang pertama dicipta di dunia ni. :>