Pakai Baju Tapi Serupa Bogel - Terowong Informasi

Breaking News

Pakai Baju Tapi Serupa Bogel

Salam 1 Malaysia.
Hari ini Hackers kurang update entry sebab baru pulang dari Putrajaya atas urusan kerja.
Mengenai entry pada hari ini adalah mengenai "Pakai Baju Tapi Serupa Bogel".
Isu ini mengenai kaum hawa. Hackers bukan nak mengutuk tetapi mahukan anda berfikir sejenak mengenai perkara ini. Trend baju kurung atau baju seumpamanya, memang telah banyak berubah. Gaya baju terkini mengikut konsep moden yang diterapkan dalam fesyen sekarang. Tetapi ada fesyen meden ini melampau-lampau. Gaya baju kurung nampak dalam seperti transparent ini menjadi ikutan remaja sekarang. Pakaian sebegini memang tidak sesuai sebenarnya terutamanya pergi ke masjid. Cuba anda lihat baju di bawah ini, sama ke tidak ia seumpama bogel sahaja?
Gambar ini diambil di perkarangan masjid. Perlukah memakai pakaian sebegini untuk ke masjid walaupun niat sudah bagus. Ia sama tidak seperti menutup aurat. Hackers pernah melihat seorang gadis pergi tarawih semasa bulan ramadhan tahun ini dengan hanya memakai legging dan telekung sahaja. Kalau telekung di lepaskan terus tidak mengapa tetapi diangkat pula. Dah nampak spender belang-belang macam kuda belang. Dalam hadis sudah berkata :
 
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Fikir-fikirlah sebelum anda memakai sesuatu pakaian...

3 comments

Encik Bedak Sejuk said...

makin ditutup makin telanjang...ermmm pelik betul...

najihahfara said...

malu bile tengok..

Not Specified said...

Bagi mereka, trend lebih penting dari agama. Aiyok' -_-