Perbezaan Orang Dahulu Dan Sekarang Ambil Gambar - Terowong Informasi

Breaking News

Perbezaan Orang Dahulu Dan Sekarang Ambil Gambar

Salam 1 Malaysia.
Anda suka ambil gambar? Sudah tentunya ada yang suka dan ada yang kurang suka. Yang kurang suka itu mesti kurang keyakinan terhadap diri sendirikan? Hari ini Hackers nak tunjukkan kepada kamu semua mengenai perbezaan orang dahulu dan sekarang ambil gambar. Hackers bukan tumpukan pada kamera tetapi gaya bergambar sahaja. Dahulu dan sekarang memang banyak bezanya, Orang dahulu seperti zaman ibu bapa kita ini ambil gambar gaya yang macho dan profesional.
Ia tidak sama seperti zaman kita ini. Anda cuba lihat gambar lama yang Hackers dapat ini. Gaya mereka bersahaja dan profesional sahajakan. Tidak ada gambar terkinja-kinja atau mulut muncung dipaparkan.
Tapi nak diingatkan, orang dahulu yang ada kamera dikategorikan orang kaya-kaya atau mampu sahaja tau. Maklumlah kamera pada zaman itu mahal sangat dan tidak seperti harga kamera sekarang, murah. Cuba anda bezakan gambar dahulu dan sekarang, banyak perbezaan bukan?
Ada yang gambar tengah ketawa besar, ada yang buat mulut muncung dan macam-macam lagi. Ia mengikut trend tersendiri. Biasalah, bergambar adalah benda yang boleh merakam saat kita bergembira dahulu.
Bila kita lihat semula bila dah tua, pasti ia menjadi satu kenangan seumur hidup kita. Pesanan Hackers, bergambar itu tidak salah, tetapi jangan salah bergambar sudahlah. Contoh gambar yang salah adalah seperti gambar bercumbuan, gambar buka sana sini, gambar yang boleh mengaibkan anda satu hari nanti dan macam - macam lagi. Ingat tu...

No comments