Pertembungan Indonesia Vs Malaysia Bagai Perang Melanda? - Terowong Informasi

Breaking News

Pertembungan Indonesia Vs Malaysia Bagai Perang Melanda?

Salam 1 Malaysia.
Malam ini merupakan malam rakyat Malaysia tidak keluar rumah semata – mata mahu menonton perlawanan Final Bola Sepak Sukan Sea iaitu Indonesia Vs Malaysia jam 8.30pm. Sebelum ini, pasukan kita telah menentang Indonesia semasa perebutan juara kumpulan A tetapi Indonesia kalah dengan jaringan 1-0.

Walaupun jaringan tidak besar, ia sebenarnya memberi impak yang besar terhadap skuad garuda tersebut kerana kalah di tempat sendiri dan di depan penyokong fanatik yang begitu ramai. Jika perlawanan Indonesia Vs Malaysia, pastinya banyak provokasi dan phycology yang menimpa pasukan kita iaitu Malaysia. Nak pergi ke stadium pun perlu menaiki Barracuda(kereta perisai tentera).
Kenapa ia kerap berlaku? Kata negara serumpun tetapi bila melihat sikap orang sana, bagai tak suka dengan orang Malaysia ini. Kita ada buat salah ke?Pasukan lain yang menentang Indonesia tidak perlu menaiki Barracuda tetapi skuad Malaysia WAJIB menaikinya.

Jika semangat kesukanan pasti tidak sebegini. Lihat sahaja pasukan “three lion” iaitu England, mereka juga mempunyai penyokong fanatik tetapi mereka menghormati pasukan lawan. Tidak kira negara mana sekali pun, tiada ejek mengejek ditimbulkan. Pasukan lawan mereka tidak perlu menaiki barracuda untuk menentang pasukan mereka. Disukan Sea tahun ini adalah sukan terburuk bagi Hackers lihat kerana sikap penganjur yang tidak professional ditunjukkan. Mereka tidak ada rasa malu ke dengan penganjuran sebegini? Penganjur sepatutnya menjaga reputasi negara dan identity negara sebenarnya. Bukan tunjuk keegoan kepada dunia.Mana tahap cintakan kesukanan mereka?
Berbalik pada perlawanan Final pada malam ini, siapa yang menang itu adalah satu adat perlawanan
Jika Malaysia menang, ia satu bonus kepada negara dan jika kalah ia satu iktibar. Bola itu bulat, keputusan yang menentukan nasib sesebuah pasukan. Jika Indonesia menang, ia juga satu bonus tetapi bila kalah jangan mula lemparkan kutukkan dan hinaan terhadap pasukan Malaysia. Menang dan kalah adalah adat permainan. Setiap pasukan mesti merasa kekalahan. Mana ada pasukan kerap menang sahaja. Penyokong perlulah bersikap professional dan bertamadun kerana ia melambangkan imej negara anda di mata dunia. Anda mahu Negara anda dilabel Negara tidak berdisiplin di mata dunia?

2 comments

ewanrani said...

harapan Malaysia menang kali nie hacker...Malaysia BOLEH!!!



Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)

Terowong Informasi said...

Mari kita saksiakan bersama perlawanan ini malam nnt