Animasi Puss In Boots Memang Terbaik!!!! - Terowong Informasi

Breaking News

Animasi Puss In Boots Memang Terbaik!!!!

Terbaik!!! Terbaik!!!
Itulah ungkapan Hackers apabila selesai menonton filem animasi Puss In Boots semalam(sabtu) di Alamanda, Putrajaya. Filem animasi ini bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak sahaja tetapi orang dewasa juga sesuai. Filem animasi ini mengisahkan siapa Puss In Boots sebenarnya. Kita hanya tahu mengenai watak Puss ini di dalam animasi Shrek yang sudah selesai episodnya. Sebelum itu kita tidak tahu siapa Puss itu sebenarnya. Yang kita tahu, ia adalah kucing yang sangat comel apabila dia buat muka kesiannya itu.
Dalam animasi Puss In Boots ini, ia menceritakan asal usul Puss ini dan juga menceritakan motif mereka bersama Humpty Alexander Dumpty(Telur) untuk mendapatkan biji kacang ajaib dari Jack and Jill. Anda tahu mengenai kisah Jack and Jill ini, anda akan faham apa kegunaan kacang ajaib tersebut. Puss berusaha untuk menangkap Jack dan Jill , namun tiba tiba muncul seekor kucing bertopeng yang cuba untuk mengagalkan usaha Puss.
Kucing bertopeng tersebut ialah Kitty Softpaws seorang pencuri Legendaris. Kitty telah berkerjasama dengan Humpty Dumpty dan sedang berusaha juga untuk mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.Mereka mahukan angsa yang boleh mengeluarkan telur emas untuk menjadikan mereka kaya dengan cepat dan di sanjung dan juga membersihkan nama Puss dari masyarakat di bandar San Ricardo.
Ia bukan perancangan Puss In Boots ini tetapi perancangan Humpty Alexander Dumpty sebenarnya. Jadi, adakah mereka ini berjaya dapatkan angsa tersebut? Anda perlu menonton filem animasi ini dahulu untuk mengetahui kesudahan animasi ini. Filem ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Filem ini Hackers boleh berikan 5 bintang untuk ditonton kerana ia memang menarik sangat. Anda pasti tergelak menonton filem ini. Ia adalah filem Wajib Tonton!!!

2 comments

ewanrani said...

wah dh tgk puss in boots ka...best sgt2 ka hackers..nie nak kena tgk gak nie..

ENTRIES TERBAIKK>>>
Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)

Terowong Informasi said...

mestilah dah tgk ewanrani..baik g tgk..layan gelak aje