Geofrey Buka Pintu Hati Untuk Islam Bukan Kerana Kekasih
Kalau ada yang pernah menonton siri drama ‘Habil dan Qabil’, ‘Cikgu Kemisah Kirby’, ‘Jodoh Oh Jodoh’, ‘Durja Ningsun’ antaranya, pasti mengenali pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams.
Tarikh 30 November 2011 merupakan tarikh paling manis buat jejaka berusia 27 tahun ini apabila dia telah melafazkan dua kalimah syahadah dan mendaftarkan nama Islamnya, Jufri Rayyan Williams di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat kali kedua selepas melafaz dua kalimah syahadah buat pertama kalinya di sebuah masjid di Kampung Jijan, berdekatan Sepang seminggu sebelum itu. Alhamdulillah beliau terbuka hati dengan islam tanpa sebarang paksaan.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia masih belajar cara-cara solat melalui abang dan kekasihnya, Juiza, seorang pramugari AirAsia X. Selain rajin merujuk buku-buku agama seperti buku panduang solat untuk mualaf yang diberikan oleh JAWI.
“Setiap kali berlakon saya sering melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya terdorong membuat kajian untuk menghayati watak itu dan secara automatik ia menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya tentang reaksi keluarganya mengenai penghijrahan barunya ini, Rayyan merasakan cukup bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya.
“Abang saya dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini,”
“Ibu saya juga bertanyakan kepada saya sama ada saya akan mengakhiri zaman bujang dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya belum ingin lagi memberikan sebarang komen mengenai hubungan yang sudah terjalin secara serius sejak setahun yang lalu,” tambah Rayyan lagi.
P/S : Bagus betul dia ni kan. Menganut agama Islam bukan kerana kekasih tetapi kehendak sendiri.

“Saya bersyukur kerana mendapat hidayah dan merasa tenang walaupun saya sedar tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini, saya bimbang jika ada yang gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca Al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadah dan membaca surah Al-Fatihah,” tambah Rayyan lagiBeliau mahu dikenali sebagai Rayyan selepas ini, dia juga mengakui tidak malu untuk meminta tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah memeluk Islam sejak 1992 lagi serta bapa kepada teman wanitanya.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia masih belajar cara-cara solat melalui abang dan kekasihnya, Juiza, seorang pramugari AirAsia X. Selain rajin merujuk buku-buku agama seperti buku panduang solat untuk mualaf yang diberikan oleh JAWI.
“Saya memeluk Islam atas beberapa faktor. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu, namun keputusan saya memeluk Islam bukan disebabkan dia,”
“Setiap kali berlakon saya sering melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya terdorong membuat kajian untuk menghayati watak itu dan secara automatik ia menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya tentang reaksi keluarganya mengenai penghijrahan barunya ini, Rayyan merasakan cukup bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya.
“Abang saya dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini,”
“Ibu saya juga bertanyakan kepada saya sama ada saya akan mengakhiri zaman bujang dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya belum ingin lagi memberikan sebarang komen mengenai hubungan yang sudah terjalin secara serius sejak setahun yang lalu,” tambah Rayyan lagi.
P/S : Bagus betul dia ni kan. Menganut agama Islam bukan kerana kekasih tetapi kehendak sendiri.
5 comments
Al-hamdulillah....dia selalu berlakon...
alhamdulillah..moga dia sentiasa dirahmati Allah dan org2 sekeliling dpt bg contoh yg baik tuk rayyan :))
amin..itu yang kita mahukan
hidayah dah sampai, terhapus segala dosa dia umapama bayi. syukur orang yg terpilih mcm dia.
moga dia tros diberi hidayah n kekuatan sbg mualaf...=)
Post a Comment