Hackers Terima Teguran?
Teguran yang Diterima
Salam 1 Malaysia.
Hackers tak sangka ada yang menegur Hackers dalam menerbitkan entry yang agak panas di blog ini. Hackers buat entry tersebut kerana mahu menegur remaja terbabit kerana bersikap keterlaluan. Hackers faham remaja terbabit malu dengan artikel terbabit. Artikel terbabit adalah mengenai sambutan Valentine Day baru-baru ini. Kekadang kita tidak sedar apa yang kita taip sedangkan kita hanya mahu menegur pihak terbabit sahaja. Remaja terbabit merayu supaya Hackers membuang video dan gambar di entry terbabit, Hackers sudah tunaikan. Lain kali jangan buat lagi tau. Ini satu pengajaran buat remaja terbabit. Hackers meminta maaf atas kesilapan itu ok..Untuk pengetahuan remaja terbabit, Hackers dapat video ini dari blog yang menyediakan download movie. Bukan Hackers yang dalang penyebaran video tersebut ye. Mungkin video itu telah jauh tersebar. Baik minta admin blog tersebut hentikan penyebaran video terbabit. Bukan salah Hackers seorang dalam kes ini. Kes seperti ini, Hackers sudah 2 kali terkena. Ia melibatkan kes video seorang pemuda dilanggar sehingga meninggal di stesen pam minyak di Cheras dahulu. Hackers telah pun membuat video terbabit dan menghormati pada orang tersebut. Ia satu pengalaman dan pengajaran dalam dunia berblogging. Ini baru kes kecil, bagaimana pula ada yang berani menyebarkan fitnah terhadap sesorang? Mungkin boleh dikenakan saman kalau tidak silap. Jadi bila nak menulis, fikir-fikirkan dahulu ye..
No comments
Post a Comment