5 Sebab Kucing Alami Cirit-Birit
Sedih melihat Kucing kesayangan Hackers mengalami cirit birit. Sepanjang bela beliau, tidak pernah sakit seteruk ini. Hackers pon terfikir apakah punca kucing ini jatuh sakit. Hackers mendapat tips dari internet juga. Ada juga tips yang dikongsi dalam alam maya ini. Taip sahaja di Google, pasti akan jumpa apa yang anda mahukan.
Mengenai simptom cirit birit ini atau dinamakan diarrhea adalah najis yang tidak pejal dan lembab berair. Ia menyebabkan kucing anda tidak dapat menahan untuk buang air lalu terlepaskan di lantai, karpet dan sebagainya.
Najis kucing yang normal adalah najis yang pejal dan tidak berair. Apabila makanan dihadam dengan sempurna, usus kucing akan menyerap sebanyak 80% kelembapan dari najis itu. Apabila kucing mengalami cirit birit, makanannya tidak dapat dihadam dengan baik dan tiba sahaja dihujung usus (rektum), ia akan menjadi bentuk cairan. Itulah puncanya simptom ini. Amboi, macam doktor Veterina pula Hackers ini. Apa yang anda perlu faham adalah cirit birit adalah bukan penyakit tetapi adalah tanda atau simptom terhadap penyakit tertentu. Jom kita lihat 5 Sebab utama kucing mengalami cirit birit ini :
Kadangkala makanan yang biasa bagi kucing lain tapi tidak sesuai pula untuk kucing kita. Contohnya ada kucing yang tidak boleh menerima makanan berasaskan makanan laut (ikan, sotong, udang). Kadangkala penukaran diet secara mendadak juga boleh menyebabkan cirit.
Kucing sukakan rasa susu lembu tetapi mereka kekurangan enzim laktase untuk menghadam laktosa (gula) yang terkandung di dalam susu lembu (atau mana-mana produk berasaskan susu).
Punca dari makanan tercemar. Makanan dalam tin atau kering juga boleh tercemar samada dari proses pembuatannya atau kita sendiri yang mendedahkannya kepada bahan pencemar. Kucing dewasa jarang keracunan makanan kerana mereka lebih sensitif (tetapi tidak bagi anak kucing) namun toksik boleh masuk dalam badan ketika mereka menjilat bulu dan kaki mereka yang terkena toksik (seperti minyak, pencuci pinggan, sabun dsb). Toksik juga boleh menyebabkan muntah-muntah.
Samada anak kucing atau kucing dewasa, mereka boleh dijangkiti oleh cacing parasit. Kemungkinan ini lebih besar bagi anak kucing dan kucing yang di biarkan merayau di luar rumah. Kehadiran lendir (mukus) atau darah pada najis juga menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Kucing yang ada masalah cacing akan menjadi tidak selera makan, cepat letih, badan menyusut, cirit-birit dan kadangkala muntah-muntah. Setiap jenis cacing ada rawatan pencegahnya sendiri, dan untuk merawatnya perlulah di bawah kawal selia veterina.
Ok, itulah 5 sebab simptom ini berlaku. Jika ia melarat, Hackers cadangkan anda anda terus pergi jumpa Doktor Veterina dengan kadar segera.

1. Terlebih Makan.
Biasanya inilah yang berlaku, samada anak kucing atau kucing dewasa.2. Makanan tidak sesuai.
Kadangkala makanan yang biasa bagi kucing lain tapi tidak sesuai pula untuk kucing kita. Contohnya ada kucing yang tidak boleh menerima makanan berasaskan makanan laut (ikan, sotong, udang). Kadangkala penukaran diet secara mendadak juga boleh menyebabkan cirit.
3. Susu Lembu dan produk sampingan susu.
Kucing sukakan rasa susu lembu tetapi mereka kekurangan enzim laktase untuk menghadam laktosa (gula) yang terkandung di dalam susu lembu (atau mana-mana produk berasaskan susu).
4. Keracunan
Punca dari makanan tercemar. Makanan dalam tin atau kering juga boleh tercemar samada dari proses pembuatannya atau kita sendiri yang mendedahkannya kepada bahan pencemar. Kucing dewasa jarang keracunan makanan kerana mereka lebih sensitif (tetapi tidak bagi anak kucing) namun toksik boleh masuk dalam badan ketika mereka menjilat bulu dan kaki mereka yang terkena toksik (seperti minyak, pencuci pinggan, sabun dsb). Toksik juga boleh menyebabkan muntah-muntah.
5. Cacing.
Samada anak kucing atau kucing dewasa, mereka boleh dijangkiti oleh cacing parasit. Kemungkinan ini lebih besar bagi anak kucing dan kucing yang di biarkan merayau di luar rumah. Kehadiran lendir (mukus) atau darah pada najis juga menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Kucing yang ada masalah cacing akan menjadi tidak selera makan, cepat letih, badan menyusut, cirit-birit dan kadangkala muntah-muntah. Setiap jenis cacing ada rawatan pencegahnya sendiri, dan untuk merawatnya perlulah di bawah kawal selia veterina.
Ok, itulah 5 sebab simptom ini berlaku. Jika ia melarat, Hackers cadangkan anda anda terus pergi jumpa Doktor Veterina dengan kadar segera.
3 comments
alolololo comelnya muka dia time cirit birit...hihihihi
hehhe..dia memang, main drama aje..heheh
alololo...cian comel nih...sampai berlingkar tahan sakit perut ek... alamak..macam budak kecik plak yer nak kena tau simptom2 tu...
Post a Comment