Vodka Ada Kalimah Allah Di Kazakhstan
Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini
mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis
kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.
Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.
Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu.
“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera.
“Allah melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara serpihan Soviet Union itu dengan
segera bertindak mengarahkan syarikat pengeluar vodka jenama Baiterek tersebut
untuk menarik balik semua produk mereka serta merta.
Seorang jurucakap yang mewakili syarikat Goem menjelaskan bahawa insiden meletakkan label yang mencetus kemarahan umat Islam itu adalah berpunca dari salah faham yang berlaku dari peringkat keluaran pertama produk itu di negara jiran, Rusia.
Di Rusia, labelnya tertulis perkataan ‘God’ yang membawa makna ‘Tuhan’ dan pihak pemasaran di Kazakhstan pula menggunakan label berbahasa arab menterjemahkan perkataan itu sebagai ‘Allah’

No comments
Post a Comment