Battleship Memang Menarik Ditonton - Terowong Informasi

Breaking News

Battleship Memang Menarik Ditonton


Baru sahaja balik dari tengok wayang di Alamanda Putrajaya. Filem yang ditonton oleh Hackers adalah filem Battleship. Dah lama cerita ini ada di panggung, baru nak tengok filem ini. Orang kata filem ini memang best, sebab itulah Hackers mahu menontonnya. Blogger Justkhai kata, ia memang menarik ditonton dan beliau beri 5 bintang pada filem ini.


Macam tak percaya pada mulanya tetapi memang best gila. Berbaloi keluarkan duit RM12/tiket ini kerana kepuasan pada filem ini. Walaupun cerita mengarut tetapi ia memang terbaik berbanding filem Transformers. Ala, pengarah filem ini pun sama juga dari pengarah filem Transformers sebenarnya.


Filem ini mengisarkan mengenai tentera Amerika menentang makhluk asing yang datang ke bumi. Makhluk asing ini datang ke bumi berpunca kepada manusia juga kerana menghantar gelombang mesej ke planet lain. Planet tersebut digelar Planet G. Misi mereka kononnya mahu mencari bumi yang lain untuk didiami manusia. Pertembungan antara manusia dan makhluk asing ini memang cukup mendebarkan pada filem ini.


Banyak aksi pada filem ini dan membuatkan anda tidak senang duduk di panggung. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kesudahan filem ini, anda perlulah ke panggung sebelum filem ini ditamatkan di panggung. Tidak rugi menontonnya. Kalau dah keluar DVD, memang Hackers belilah untuk dijadikan koleksi. Hackers beri 5/5 bintang pada filem ini..Terbaik..

3 comments

Anonymous said...

ok fine2 semua dok gebang cite battelship n avengers..dua cite ni masih blum daku tonton harap maklum :D

Terowong Informasi said...

ala..sis glah tgk wayang...heheh..

Mr feckry said...

kena donlod ni nanti