Lemahnya Kita Dalam Bahasa Inggeris
Kadang-kadang masa bawa kereta sambil layan radio,pastinya ia menyeronokkan. Kalau ia lawak dan boleh menggelakkan kita, pasti membuatkan kita rasa terhibur dan boleh mengurangkan stress kita. Hackers selalunya mendengar Radio Era FM bila rasa bosan. Segmen Can i help you menjadi segmen kegemaran Hackers. Segmen ini mahu menguji kebolehan kita bertutur dalam bahasa inggeris.
Bila Hackers mendengar setiap hari, Hackers mula terfikir yang orang kita iaitu orang melayu sukar untuk menguasai bahasa inggeris. Tak percaya, cuba layan Radio Era setiap pagi, pasti ada segmen ini. Hackers bagi contoh segmen ini di bawah tetapi ini yang lama punya ye. Mari kita dengar seketika :
Bagaimana, anda sudah mendengarkannya? Pastinya ia menggelakkan anda bila mendengar telatah mereka ini. Hackers pun lebih kurang juga bila ada client call dari luar negara. Pasti akan gagap bila bertutur dalam bahasa inggeris. Ia bukan apa, kita sebenarnya boleh bertutur dalam bahasa inggeris tetapi keyakinan itu tiada. Itulah punca pada orang kita sebenarnya. Walaupun guna simple bahasa inggeris, kita sukar menguasainya. Cara terbaik untuk mengatasi perkara ini, kita perlu berlatih bertutur dalam bahasa inggeris sendiri dan pergi mana-mana kursus bahasa. Tak rugi jika mampu menguasai 2 bahasa. Betul tak?
1 comment
aku sendiri mencuba running project english dlm blog aku kerana mendapati pengunjung blog dari luar negara amat menggalakkan. Aku sendiri pun guna google translate utk rujukan. Aku terpaksa edit 2 3 kali setiap karangan untuk memastikan tiada sebarang kesalahn ayat dlm penulisan. walaupun susah tetapi aku rasa seronok...
Post a Comment