Kucing Emas : Haiwan Yang Kian Pupus - Terowong Informasi

Breaking News

Kucing Emas : Haiwan Yang Kian Pupus

Kucing Emas biasa di sebut sebagai Golden cat atau Fire cat,merupakan salah satu haiwan yang dilindungi. Ciri utama pada kucing emas adalah hampir seluruh tubuhnya berwarna coklat keemasan tetapi ada juga yang berwarna kelabu atau coklat tua. Ada juga yg berwarna hitam dan jenis ini adalah jenis paling susah untuk dijumpai!


Kucing emas ini hidup tersebar dari daerah Tibet,  Nepal, China, Burma, Thailand sehingga Indochina, Malaysia, dan Sumatera. Ciri-ciri lain pada kucing emas ini memiliki berat sekitar 8-12 kg dengan panjang dari kepala sehingga ekor mencapai 1.2 meter. Bila lihat betul-betul, ia sama seperti anak harimau tapi sedihnya haiwan ini kian pupus di dunia. Generasi akan datang mungkin tidak dapat melihatnya lagi tetapi dengan gambar sahaja kita mampu jelaskan.

2 comments

AmyZana said...

Besar gila !
Buat pet pun ok gak nih xD

Terowong Informasi said...

nak buat pet, esok pagi kaki amyzana dah xde..huhuhu