Pesawat 747 Milik Putera Saudi Yang Mewah - Terowong Informasi

Breaking News

Pesawat 747 Milik Putera Saudi Yang Mewah

Putera Al Waleed Ibn Talal Al Saud, 57 adalah antara manusia paling kaya di dunia. Harta beliau mencecah USD18 Billion dan menempatkan beliau adalah manusia ke 63 terkaya di dunia. Beliau mempunyai banyak pesawat peribadi dan pesawat baru, Airbus 380 peribadi beliau yang sudah disiap baru-baru ini.

Kekayaan beliau ini memang sukar dikatakan. Hackers pernah melihat satu dokumentari The Frankincense Trail yang memaparkan sedikit kisah beliau. Cuba anda lihat gambar di bawah ini, ia adalah bangunan milik beliau di Arab Saudi.

Mengenai pesawat Boeing 747, ia adalah paling lama beliau gunakan dan antara pesawat paling mewah di dunia. Dalam pesawat ini penuh dengan warna keemasan yang boleh sakitkan mata kita sendiri. Pesawat ini telah digunakan sejak 2003 lagi dan masih digunakan sehingga sekarang. Fungsi pesawat ini juga dijadikan istana bergerak beliau bagi memudahkan isteri dan anak-anak beliau tinggal. Kosnya, anda jangan tanya. Ia pasti kos yang amat tinggi.

Kalau dah kaya sangat, pasti duit beliau tidak tahu membuat apa tapi beliau bukan orang yang boros ok. memang beliau mempunyai banyak kenderaan mewah yang lain dan itu anda boleh research sendiri di google ok. Dalam dokumentari yang Hackers lihat sebelum ini, Putera Al Waleed Ibn Talal Al Saud adalah manusia yang dermawan dan pemurah. 


Pada setiap malam, beliau akan duduk di satu gurun dan kumpulkan penduduk bagi memberi duit sekitar 10,000 Riyadh setiap seorang. Jangan fikir orang kaya selalunya kedekut, kadang-kadang orang berpendapatan sederhana lagi kedekut bila bab sedekah ini. Betul tak?

No comments