Hancur Nokia 5800XM Milik Bro Nasa - Terowong Informasi

Breaking News

Hancur Nokia 5800XM Milik Bro Nasa

Semalam merupakan hari yang cukup mengecewakan hati Bro Nasa. Apa yang mengecewakannya adalah mengenai handphone kesayangan Bro Nasa. Ala, handphone lama aje iaitu Nokia 5800XM. Walaupun ia lama tetapi jasanya sangat banyak dan bermakna.

Sudah 3 tahun lebih Bro Nasa menggunakan handphone ini dan akhirnya tamat riwayatnya semalam akibat kecuaian sendiri. Punca handphone ini rosak semasa basuh seluar jean Bro Nasa semalam menggunakan mesin basuh. Memang tidak perasan habis handphone Nokia 5800XM itu berada di dalam kocek seluar jean itu. Dah check sebelum ini tapi dah nasib, susah nak dikatakan. Kalau setakat masuk air oklah lagi tapi siap kena putar habis oleh mesin basuh tu. Bro Nasa sedar handphone tu di dalam mesin basuh kerana terdengar bunyi yang amat kuat seperti orang main menumbuk dinding. Ingatkan budak tingkat atas yang main tetapi bukan rupanya. Bila stopkan mesin basuh itu dan meraba-raba di dalam air, alangkah terkejut handphone tu hancur berkecai..Nampaknya Bro Nasa kena pakai handphone tanpa colour dahulu buat masa sekarang. Nak beli handphone apa lepas ni, masih difikirkan lagi..Jadi, korang sebelum nak cuci seluar jean, perlulah check betul-betul. Kalau tidak, senasiblah seperti Bro Nasa...

5 comments

ikaa said...

sme laa nfon kita, ikaa pn ada gak...macam2 jnis koleksi nset ikaa da..skrg je pakai tab...hihihi

tue laaa...rajin mdobi, sampai rosak trus nset tu, dhlaa sensetif fon tu

Terowong Informasi said...

tau xpe ikaa...sedih rasanya bila handphone kesayangan hancur di depan mata atas kesilapan sendiri...huhuhu

Anonymous said...

Adakah ini satu kesempatan utk anda membuat artikel? Ha ha ha.
Apapun sebuah diari yang menarik utk disimpan di dalam blog.
Keep on the good work!

Terowong Informasi said...

hahaha..terry rotten, blog tempat kita meluahkan sesutu...tu fungsi blog..

ikaa said...

tue namanya kena tambah koleksi lagi laa Bro nasa oiiiiiiii