Jodoh Tidak Akan Datang Jika Tidak Dicari
Salam Semua.
Masa melayan game, tiba-tiba Bro Nasa boleh pula mendapat idea untuk menulis di blog ini. Idea ini membuatkan Bro Nasa tertanya-tanya mengenai bab jodoh ini. Jodoh atau ungkapan lain adalah pasangan hidup yang akan menghiasi hidup kita sehinggalah kita mati nanti.
Jodoh pada pandangan Bro Nasa, jika kita tidak mencarinya, pasti kita tidak akan menemui siapakah jodoh kita. Memang jodoh ditentukan oleh tuhan tetapi jika kita tidak mencarinya, mustahil jodoh akan datang pada kita. Dalam kata lain, jodoh tidak akan jatuh dari langit.
Itulah yang kita nampak pada masyarakat di sekeliling kita sekarang. Ada yang lambat menemui jodoh dan ada yang takut nak mencari jodoh. Yang takut ini, mungkin ada peristiwa pahit yang mereka alami dahulu atau sabab musabab lain. Salah satu faktor lambat mencari jodoh ini mungkin disebabkan oleh :

- Faktor pentingkan kerjaya
- Faktor hobi atau kegemaran yang melampau
- Faktor tidak gemar bersosial di luar
- Faktor menumpukan cita-cita yang belum tercapai
- Faktor kewangan
- Faktor tiada keyakinan dalam diri untuk mencari pasangan hidup
- Faktor tiada matlamat dalam hidup dan mahu enjoy sahaja
Dari faktor yang Bro Nasa senaraikan ini mungkin salah satu puncanya. Mungkin ada faktor lain yang Bro Nasa tidak kenali lagi. Faktor yang Bro Nasa senaraikan ini adalah faktor yang Bro Nasa nampak dimata sahaja.
Kesimpulan dalam entry kali ini, jika anda seorang lelaki atau perempuan, anda perlu fikirkan sama ada anda mahu enjoy sahaja atau mahu hidup dengan penuh komitmen. Jodoh adalah satu anugerah, dan jika anda sukar mendapat jodoh ini, ubahlah cara kehidupan yang anda lakukan semala ini. Isyaallah, jodoh anda ada didepan mata anda nanti..Fikir-fikirkanlah..
1 comment
betul..jodoh x kn dtg tanpa dicari..tapi dlm kite mencari tu jgnlah terlalu nampak yg kita ni terlalu desperate. kita berusaha yg selebihnya biar Allah yg tentukan
Post a Comment