Kolam Renang Dalam Van
Dengan suhu lingkungan 38 darjah celsius di negara yang penuh kontroversi dan cerita pelik iaitu China, seorang ayah bertindak melakukan perkara luar biasa yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana manusia di dunia ini iaitu membuat kolam renang di dalam sebuah van.
Zhou Yuhang, mengeluarkan kerusi tempat duduk penumpang belakang bagi memberi ruang untuk meletak plastik dan menuang air di dalamnya untuk dijadikan seperti sebuah kolam. Tindakkan Zhou Yuhang ini bertujuan untuk anak lelakinya bagi mengelakkan "sun burn" jika terdedah dengan cahaya matahari yang panas melampau.
Sebab itu Zhou Yuhang membuat kolam di dalam van ini. Ia juga untuk keselamatan anaknya jika mandi dalam van tersebut dan ada privasi. Keluasan kolam ini hanya 1.7 meters x 1.3 meters. Kedalamannya pula adalah hanya 20 sentimeters sahaja. Pelikkan idea seperti ini? Jika anda, mahu tak mandi di dalam van ini?
4 comments
haha...mcm best ja...
:)
bebudak bolehla orang tua dah macamane pulak kan?
kreatif ayah budak ni.
nampak happy je dak tu
Post a Comment