Sejarah Nama-Nama Tempat Di Johor
Siapa pembaca di sini berasal dari negeri Johor? Jika anda orang Johor, pasti anda tahu akan tempat-tempat yang Hackers senaraikan ini. Setiap nama tempat pasti ada sejarahnya. Jika tiada sejarah, macam mana pula nama tempat tersebut wujud dan kekal sehingga sekarang. Betul tak? Baiklah, Hackers nak tunjukkan kepada anda mengenai sejarah nama-nama tempat di negeri Johor ini. Jom teruskan membaca :
1. Kampung Belukar Juling, Mersing.
Pada awal penubuhannya, di kampung belukar juling dikatakan terdapat seorang lelaki cina bermata juling yang tinggal di situ kerana kawasannya yang jauh dan berdekatan dengan laut. Pada suatu hari, lelaki cina itu dikatakan telah membersihkan kawasan tersebut untuk menanam pokok getah. Namun, apabila semuanya selesai lelaki berkenaan hilang tanpa dapat dikesan. Akhirnya kawasan tersebut telah ditumbuhi semak dan belukar. Ketika kawasan itu mahu dijadikan kawasan petempatan, penduduk di situ menamakan kawasan berkenaan sebagai belukar juling, sempena lelaki cina bermata yang membersihkan kawasan itu. Walaupun identiti lelaki bermata juling itu tidak diketahui sehingga ke hari ini, nama belukar juling kekal hingga sekarang.
2. Felda Ulu Dengar, Kluang.
Felda ini mendapat namanya sempena sungai dengar yang terletak berdekatan dengan gunung belumut. Desiran air sungai berkenaan bukan sahaja boleh didengar malah dapat dinikmati sepanjang sungai berkenaan dan boleh dilihat jika pengunjung serta penduduk menyelusuri sungai berkenaan. Namun, dikatakan ketika itu aliran air di hulu sungai tidak dapat dilihat dan hanya bunyi derasannya yang dapat didengar dari kawasan berhampiran. Menurut penduduk di felda ini, pada ketika itu, mereka yang menyelusuri sungai itu tidak dapat melihat air yang mengalir di hulu sungai dan hanya dapat mendengar bunyinya sahaja. Apabila felda ini diwujudkan, nama Ulu Dengar digunakan sempena keunikan suasana di hulu sungai berkenaan.
3. Kampung Liang Batu, Pagoh.
Nama kampung ini diperoleh sempena satu peristiwa, iaitu air yang mengalir melalui liang (terowong) menghala ke Sungai Muar. Apabila air itu hampir tiba di Sungai Muar, ia membelok ke kiri. Air yang melalui liang berkenaan jatuh ke batu yang dikatakan disusun oleh Sang Kelembai untuk menagkap ikan. Berikutan peristiwa ini, kampung berkenaan diberikan nama Kampung Liang Batu.
4. Kampung Durian Chondong, Muar.
Kampung yang terletak di Muar ini mendapat namanya sempena keadaan pokok leban dan durian di kampung itu yang hampir kesemuanya berada pada kedudukan condong. Keadaan itu dipercayai disebabkan struktur tanah di kampung itu yang berpasir. Menurut cerita dari penduduk kampung berkenaan, pada ketika kampung itu ingin dibuka, terdapat banyak pokok leban dan durian di sekitar kampung berkenaan. Bagi mangabadikan suasana alam ketika itu dan keadaan kedua-dua buah berkenaan, penduduk kampung menamakannya sebagai Kampung Durian Chondong. Ejaan chondong adalah sistem ejaan lama tetapi ia kekal digunakan hingga sekarang walaupun ejaan sebenar ialah condong.
5. Bandar Penggaram, Batu Pahat.
Nama penggaram diperoleh daripada perkataan ‘pangkal jeram’, sempena jeram yang terdapat di sebatang sungai yang terletak berhampiran Bandar Batu Pahat. Apabila bandar berkenaan dibuka, ia dinamakan Bandar Penggaram sempena singkatan ‘pangkal jeram’.
6. Kampung Ayu Ara Pasong, Pontian.
Nama kampung ini diperoleh sempena keadaan alam semula jadi di sepanjang sungai di kampung berkenaan. Pada masa kampung ini mula dibuka, di sepanjang bahagian kiri dan kanan sungai berkenaan terdapat banyak pokok kayu ara yang tumbuh meliar dan akarnya dikatakan berpasung (berbelit dan berpintal) antara satu sama lain. Sempena keadaan itu, penduduk menamakan kampung itu Kampung Ayu Ara Pasong.
SUMBER
5 comments
kg kayu ara pasong lah bro . hehe
Nice info bro.. :)
oh..ada silap skit ye..soory that info
assalamualaikum Bro Nasa....menarik info ini...:)
thanks sukakan entry ini
Post a Comment