G-Shock Smartphone Yang Menakjubkan - Terowong Informasi

Breaking News

G-Shock Smartphone Yang Menakjubkan


Zaman sekarang, teknologi semakin berkembang pesat dan maju ke hadapan. Jika kita lambat ikutinya, maka kita boleh digelar orang ketinggalan zaman. Lihat bagaimana perkembangan sistem telefon, ia semakan cepat berkembang sehinggakan kita sukar mengejarnya. Dahulu handphone dikeluarkan ada arial, kemudian tanpa arial dan kemudian pula ada sistem komputer didalamnya dan macam-macam lagi.
Jam tangan keluaran terbaru yang mempunyai sistem Bluetooth

Anda kenal jenama jam tangan G-Shock? Pasti kaum lelaki lebih mengenalinya sejak dari zaman sekolah lagi. Jam tangan G-Shock merupakan jam tangan tahan lasak di pelbagai permukaan malah kalis air. Sebab itu jam tangan G-Shock ini popular di bibir peminatnya malah ada juga yang membuat koleksi peribadi hasil keluaran G-Shock.
Prototype G-Shock Smartphone

Terbaru, G-Shock telah mengeluarkan satu produk yang cukup menakjubkan iaitu G-Shock Smartphone. Gambar yang Bro Nasa sediakan ini adalah prototype sahaja. Mereka tunjukkan prototype ini di pameran teknologi CES 2012 di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Bila diperhatian rekaan smartphone ini, ia macam bentuk jam tangan G-Shock. Ia nampak solid dan lasak jika dibawa. Pasti anda ingin mengetahui spesifikasi smartphone ini. Berikut adalah dibawahnya :

  • Android OS 
  • Shock resistant to 10 feet
  • Water resistant to 1.0 bar = 10m !
  • Pressure resistant to 1.0 bar
  • Metal case back
  • Plastic / resin construction
  • Camera and flash 

Dikhabarkan, smartphone ini hanya akan dikeluarkan di pasaran Jepun dan Amerika Syarikat sahaja. Bro Nasa harap, ia akan dipasarkan ke seluruh dunia. Pasti peminat G-Shock menyukainya.

No comments