Hantaran Mahal Punca Pemuda Melayu Berhutang? - Terowong Informasi

Breaking News

Hantaran Mahal Punca Pemuda Melayu Berhutang?


Bila sebut pasal kahwin, pasti pemuda di luar sana pening memikirkan kos untuk berkahwin. Kos zaman sekarang bukan macam zaman ibu bapa kita dahulu malah 2x ganda harganya. Berikutan kos untuk berkahwin agak tinggi mungkin disebabkan kos hantaran perkahwinan.


Cuba anda lihat gambar di atas yang Bro Nasa sediakan. Hantaran perkahwin mengikut kelayakkan akademik memang dipraktikan pada masyarakat kita sekarang ini. Minimum RM 3000 sehinggalah maksimum RM 30000 dikenakan malah ada yang lebih lagi. Memang takut melihat kos hantaran ini. Ada pemuda yang mahu berkahwin berhutang dengan bank semata-mata untuk berkahwin. Berhutang dengan bank tidak mengapa lagi malah ada juga sanggup berhutang dengan "Ah Long".


Jika disoal mengenai kos mas kahwin, memang semua pemuda pemudi di luar sana berkemampuan untuk membayarnya kerana ianya amat murah. Bagi pendapat Bro Nasa, mas kahwin adalah perkara paling penting berbanding dengan hantaran perkahwinan kerana hantaran adalah adat sahaja. Ia tidak termasuk dalam hal agama.

Kita sebagai orang melayu memang kuat dan tidak boleh lari dengan adat istiadat dalam perkahwinan. Ia sukar untuk dipisahkan. Nasihat Bro Nasa kepada yang mahu berkahwin nanti, berjimat cermat semasa ingin melangsungkan perkahwinan dengan jangan ada pembaziran yang dilakukan.Perkahwinan sepatutnya menjadi perkara yang indah bukannya bebanan hidup.

2 comments

najihahfara said...

hantaran tinggi2 pun kalau x bahagia x guna jugak

Terowong Informasi said...

betul tu..sampai ada yang kawin 1 bulan je cerai...