Homewood Memorial Gardens : Kubur Untuk Orang Miskin Di USA
Amerika Syarikat adalah antara negara maju di dunia ini. Walaupun ia negara maju, mereka juga alami masalah ekonomi dan dibebani masalah pengangguran yang agak kritikal kepada rakyat mereka. Jadi, kepada rakyat mereka yang miskin dan jika ada kematian, kos untuk mengebumian pasti menjadi masalah besar kepada mereka.
Jika masalah itu berlaku, pihak kerajaan mereka telah menyediakan satu lubang khas bagi mereka yang tidak mempunyai wang untuk biayai kos pengebumian ini. Ia terletak dikawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens.
Semasa pengebumian tersebut, tiada seorang pun rakan taulan malah saudara mara akan hadir ke pengebumian ini. Situasi ekonomi yang sukar di USA menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. Kita di Malaysia, kita patut bersyukur apa yang kita dapat sekarang. Yang miskin atau kaya, pengebumian dilakukan sama sahaja tanpa mengira pangkat atau darjat.
4 comments
uish!! kecian tgk~
kesian kan bro..
keciannya dorang kan...
nak buat macam mana @zakiah...
Post a Comment