Penjagaan Kucing : Ia Tidak Rumit - Terowong Informasi

Breaking News

Penjagaan Kucing : Ia Tidak Rumit

Tadi, Bro Nasa ada membaca di Blog Pupel Liyana mengenai penjagaan kucing. Bagus tips yang diberi tetapi Bro Nasa macam nak share juga tips mengenai penjagaan kucing ini. Penjagaan kucing ini sebenarnya tidak susah seperti yang disangkakan. Jika minat dengan haiwan kesayangan, pasti mudah nak uruskan mereka.

Apa yang anda perlu ambil serius tentang penjagaan kucing adalah dari segi aspek kebersihannya. Jika anda tidak menjaga kebersihannya, kucing anda akan senang mendapat penyakit. Kita kalau boleh, mencegah dari mengubatinya. Betul tak? Jadi kepada yang baru mahu berjinak-jinak hendak membela kucing, Bro Nasa akan berikan tips perkakasan yang wajib perlu ada yang ringkas dan mudah.

Pasir Kucing


Pasir kucing bukan bermakna pasir yang buat rumah itu ye. Jika anda guna pasir yang buat rumah itu, pasti dalam rumah anda akan bau busuk yang berdentum jika kucing anda berak. Cara nak bagi ia tidak berbau, anda perlulah beli pasir kucing yang berada dipasaran. Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai haiwan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Yang murah, pasir tersebut tidak mempunyai bau manakala yang mahal mempunyai bau seperti buah-buahan. Pasir yang mahal juga, anda boleh gunakan banyak kali berbanding yang murah. Jika kucing anda berak, bukan bermakna anda buang ke semua pasir tetapi menggunakan tapis untuk buangkan tahinya sahaja.

Penapis Pasir Kucing

Penapis pasir yang Bro Nasa katakan ini adalah seperti gambar di atas ini. Ia sangat berguna jika anda membela kucing. Fungsi penapis ini adalah untuk membuang tahi kucing tanpa melibatkan pembuangan pasir kucing tersebut. Pasir kucing ini boleh digunakan semula sekurang-kurangnya 3 kali sahaja. Pastu, buang pasir tersebut dan gantikannya yang baru.






Makanan Kucing

Makanan kucing dipasaran, memang banyak sangat sehinggakan sukar membuat pilihan. Pelbagai jenama terkenal yang berada dipasaran seperti Royal Canin, Whiskas, Vita Cats, Blackwood, Smart Heart, Friskies dan macam-macam lagi. Makanan ini ada yang murah dan ada yang mahal. Ingat!! Jangan fikir makanan kucing yang mahal ini sesuai untuk kucing anda. Ada kalanya, kucing anda "demand" dengan makanan yang diberikan. Better cari makanan yang betul-betul dia suka. Jika tidak, anda juga yang rugi.


Rumit ke tidak pada pendapat anda? Walaupun kita perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi sedikit, ia masih berbaloi bagi yang meminati kucing ini. Tak salah kita membantu kucing ini untuk hidup bersama kita kerana mereka pun makhluk yang hidup di bumi Allah S.W.T ini.


No comments