Protes Anti KFC Di China - Terowong Informasi

Breaking News

Protes Anti KFC Di China


Kerana tidak menjaga kebersihan premis restoran KFC, seorang lelaki mengadakan protes terhadap restoran ini. Lelaki tersebut membuat protes kerana ternampak seorang pekerja meyediakan sebiji burger tanpa menggunakan sarung tangan, penutup mulut dan sarung rambut. Beliau terus berjumpa dengan pengurus restoran dan memarahi pengurus tersebut kerana tidak menjaga tata tertib kebersihan pekerjanya.


Dengan teguran yang dilakukan lelaki terbabit, pengurus restoran tersebut meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan tetapi lelaki terbabit telah meminta pampasan berupa 20 hidangan family bucket meal. Pengurus terbabit enggan melayan permintaan lelaki tersebut.


Ketidakpuasan lelaki terbabit, beliau datang kembali dan mencampakkan Yuan 140 000 (RM64 000) di atas meja dan memesan 2000 family bucket meal. Pesanan yang beliau lakukan tersebut bukan untuk dimakan malah beliau meletakkannya dihadapan pintu restoran terbabit sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak makan di restoran ini. Gambar yang ditunjukkan ini adalah sebahagian tempahan yang beliau dapat dan ia akan disusuli sedikit demi sedikit.


Dengan protes yang dilakukan lelaki terbabit telah mendapat respon baik pengurus besar KFC cawangan negara China supaya mengetatkan tahap kebersihan pada pekerja restoran terbabit. Jika pekerja mengingkari undang-undang terbabit akan dibuang kerja serta-merta.

3 comments

yayahnasake said...

memang patut dan bagus sungguh tindakan lelaki itu :)

Mr feckry said...

umat islam kene buat camni untuk boikot KFC

Terowong Informasi said...

kedai2 atau gerai2 yang kotor ptt kita boikot gak..baru diorg tahu kebersihan tu penting